Rabu, 11 April 2012

MARI MEMASAK: PULUT KUNING!

 Saya masak pulut kuning sebab tak menahan tengok gambar pulut kuning kat myresipi
nampak sedapp je, dan dan tu la rasa nak buat, boleh??
ni festime saya masak pulut kuning sendiri
biasa kat kampung mak saya yang masak
dulu konon sombong tak nak belajar buat
pastu time nak makan dan buat sendiri
dah tak tahu nak sukat santan macam mana dan berapa banyak
kalau dah tak tahu tu hentam sajalahhhh
beli beras pulut sekilo hari tu, tapi buat separuh je

gigih bangun awal hari ahad semate nak masak ni
memula masa kukus tu tak menjadi jugak, 
beras nampak mentah je
pastu bila masak untuk kali kedua yang letak santan tu
jadik lembik pulak, mungkin banyak sangat santannya
dah cuak juge takut tak menjadi
pastu rajin la duk bukak tutup periuk kaup balik pulut tu
dah lama sikit baru la nampak tekstur pulut
alhamdulillah
menjadi jugakkkkk..
mungkin tak la secantik orang lain yang buat
tapi dah ade rasa tu kira okeylah kan
makan dengan telur dadar warna warni
memang nostalgia masa kecik2 dulu
mak selalu goreng telur dadar macam ni kalau buat pulut kuning
en harry dan adik beradik dia pelik sebab diorang tak pernah makan macam ni
tapi habis juga, dalam duk komen2 tu.. haha
yang best sekali masa maklong bamlom datang
sukee benau dia makan pulut kuning old style nih
sampai 2 mangkuk dia bedalll, saya sukeeeee bila saya masak orang makan sampai licinnn
hehehehe,
ok daaaaa


1 ulasan: