Rabu, 25 April 2012

MARI MEMASAK: KERABU MANGGA!

Setelah sekian lama tak masak kerabu
hari ni datang rajin pulak
belek2 peti ais nampak ada pelam 4 biji
selalunya pelam2 ni saya buat stok buat sambal pelam je
tapi kalau dah selalu boring juga kan
try buat kerabu pulak lah
pestime juga mencuba buat kerabu tanpa santan/ikan
biasanya kalau mak saya buat kerabu pakai kelapa ikan bagai kan
tapi bahan2 tu xde, buat kering2 je lah
nasib baik menjadi...

ok resipinya dibawah kalau ada yang mahu mencuba

bahan2nya
mangga muda 2 biji dihiris/parut memanjang saya cincang2 je
bawang besar merah 2 biji dihiris
10 biji cili padi juga dihiris
sedikit ikan bilis goreng kemudian ditumbuk
sedikit udang kering sangai kemudian ditumbuk
segenggam kacang, sangai dan tumbuk
sedikit sos ikan

caranya, campurkan kesemua bahan, gaul sebati, tambahkan garam dan gula
biar manis sikit sebab pelam tu masam kann
taburkan kacang tumbuk atasnya, siap!!
senang melenggang2 kan...

lawan dengan ayam goreng
sodappp dap dap dap!

selamat mencuba bagi yang rajin. hikhik 
daaaa

3 ulasan:

wahida berkata...

aku tak mkn kerabu mangga ni..segala mak nenek kerabu aku mmg tak mkn...tapi hubby aku feveret la ni...

myamyza berkata...

rugi la ko kak, sedap nihh!!

@LeenShamsh berkata...

makngah baru buat tadi..tapau bagi kami heheh..sedappp!!!