Sabtu, 10 Disember 2011

MENGEJUT!

salam semua, 
baru je masuk keje nih
malam tadi balik lokheng sebab mertua sakit,
sambil2 tu rewang ke rumah bapa saudara en harry yang buat kenduri
sedang enak tido dalam pukul 3.45 pagi ada panggilan talipon
dari maklong(babysitter)  bamlom rupanya,
dengar suaranya serak2 sebak,
dia kata suaminya dah kembali ke rahmatullah
lepas tu dah tak boleh tido sampai pagi,
mengenangkan saya ni bila lah pulak Allah nak panggil mengadap dia....
bila2 masa je kan?

terkejut juga, tapi tak la seterkejut macam yang ibu bamlom meninggal tu
sebab arwah dah dimasukkan ke hospital pada hari ahad lepas
tak sampai seminggu Allah dah ambil arwah,
sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dialah tempat kembali!
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh,
semoga Allah menjadikan kuburnya antara taman2 syurgaNya
dan semoga Allah mengampunkan segala dosa dosanya ketika masih hidup
amin.. amin.. Ya Rabbal alamin

p/s: ingat nak cuti je hari ni tapi last minit tauke panggil masuk keje pulak!
adooyaiiiii, berat kepala!!

Tiada ulasan: