Ahad, 20 November 2011

LAKSA JOHOR MADE HOME

salam hari senin
harap semuanya sihat2 dan hepi2 selalu
semalam satu hari terperuk kat umah
makan tido, makan tido, tambah kalori dalam badan
en harry pagi2 lagi keluar ke simpang renggam
tolong abang dia angkat barang nak pindah ke sini
saya pulak lepas keluar belanja, masuk bilik bukak econ,
bagi susu bamlom dan tidokan dia
lepas tu bersilat kat dapor masak laksa johor neh

kuahnya, agak rumit sikit proses penyediaannya

spageti, rebus dan gaul dengan 2 ketul marjerin

sayur2 penyedap rasa

sambal yang aummmmmm...

ok saya share resipinya kepada sesiapa yang nak try
suami saya kate, laksa johor ni menyerupai mee kari baik rupa mahupun warnanya,
saya tak tahu la pulak, tapi laksa ni sedap ok!!

 ni penyediaan untuk 10 orang makan ye
walaupun saya dan suami je makan, tapi macam 10 orang makan lah
3 round sorang dengan 2 kali tambah, hahahahaha

untuk kuah
bahan A
1kg ikan selayang
1 paket udang kering
10 ekor udang
(dibuang tulang dan blend hingga halus)
 
bahan B
3 ulas bawang merah,
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup, halia dan lengkuas
15 tangkai cili kering
(blender )

jintan manis dan ketumbar(sangan dan ditumbuk halus)
daun kesom dan bunga kantan secukupnya
2 keping asam keping
1 paket serbuk kari ikan
2 batang serai  dan sedikit minyak untuk menumis
1 kotak santan atau sebiji kelapa
sepaket kerisik
air secukupnya

caranya,
tumis serai dan bahan B hinga wangi dan garing
masukkan asam keping
masukkan ketumbar dan jintan manis yang digoreng
kacau rata, masukkan kerisik dan rempah kari
masukkan bahan A
kacau rata sekejap, kemudian masukkan santan dan air secukupnya
biarkan sehingga kuah masak,
kemudian masukkan daun kesom dan bunga kantan
garam dan gula secukup rasa
siap..

spageti tu cara nak masaknya, masukkan air dalam periuk hingga menggelegak
masukkan spageti, masak selama 15 menit
angkat, tos dan gaul dengan sedikit marjerin supaya tak melekat

sambal belacan
3 biji lada merah
15 biji cili padi
2 ulas bawang putih dan bawang merah dibakar
sedikit belacan juga dibakar
asam limau diambil jusnya
garam dan gula
sedikit cuka dan sos tiram
(semua diblend)

sayurannya, timun, taugeh, bawang merah(dihiris halus)
limau kasturi  

ok selamat mencuba pada sape2 yang nak mencube ye...






10 ulasan:

Unknown berkata...

wahh sedap nye ! :)

tapi tak reti la nak masak nyer.

Unknown berkata...

sedapnye!!

huwaa tapi cam susah je nak buat

Unknown berkata...

sedapnyaa laksa johor!

myamyza berkata...

@dini, kene rajin sikit baru buleh buat laksa neh, akak dah bertahun plan nak buat ni baru jadi.. haha

myamyza berkata...

@princess nur.. memang sedap banget!

Unknown berkata...

oh erk, akak ajar la boleh? :p

@LeenShamsh berkata...

untungnye en harry..isteri berjaye mengikat perutnyeee dgn berjayee sekli..

p/s: termotivasi betul dgn entry2 masak2 orang ganung nih..untung die.johor ganung due2 dikuasai dgn baik! tabik bnayk kali2!

myamyza berkata...

@ummu muhammas, alhamdulillah, berkat semangat rajin dan mahu mencuba.. hehe,

Unknown berkata...

hmm mcm sng nk ikut nii...tot nk buat ahad nii,cuma nak tau..

udang kering paket kecik/bsr mne?
lengkuas bpe inci?

myamyza berkata...

@raja anis

thanks bace blog x seberapa nih...
udang kering tu kite beli yang sepeket seringgit tuh aje..
lengkuas agak2 je lah sebesar ibu jari..