Isnin, 5 September 2011

31 AUGUST TO 04 SEPT - beraya di jertih, terengganu

malam raya pertama tu masing2 tidur awal
tapi bamlom masih juga tak mao tidur,
saya paksa en harry tidur dulu sbb esk nak drive jauh
saya melayan budak tecik sambil menolong mak mengisi lepat dalam daun kelapa
baru nak belajar bujang tu dah datang kacau..
sempat siap 2 bijik je, saya ni dahlah susah masuk kalau bab belajar anyam2 ketupat dan lepat ni
oh lepat tak payah dianyam tapi memerlukan seni juga bila dibungkus..
dekat kul 12.30 baru sama2 tido ngan bamlom
saya set jam pukul 3.00 pagi, paksa en harry bangun mandi
bayangkan mandi pukul 3 pagi aor bukit
dia punya sejuk tu naduzubillah
kemas itu ini, salam minta maaf ngan ibu dan bapa mertua baru la gerak
dah pukul 4.00 pagi.. en harry mata ngantuk lagi
sempat la sampai ke mersing baru dia berhenti tidur dan bersolat subuh
dekat 2 jam kat situ baru teruskan perjalanan
jalan adalah lenggang, macam kereta saya sebijik je kat atas jalanraya
pukul 10 pagi dah masuk negeri terengganu yang tercinta
masuk terengganu baru jalan sedikit sibuk
tapi tak adalah sampai jalan 2 menit berhenti
cuma banyak kenderaan sahaja
jam 2 petang dah terpacak kat umah mak
perjalanan yang amat cepat saya rasa, sbb biasanya makan 12 jam
 
petang tu takde gi memana duduk rumah berehat dan tidur
petang tu ramai sedara mara belah mak datang beraya
esoknya pula dihari raya ke-3 dan ke-4 kami beraya dikebun
tanam anak getah yang dibeli kongsi oleh kami adik- beradik
 
 
happening giler bila keluarga besar kami berkumpul
makan nasik secara berebut, buat kerja sama2 memang best gilakk
walaupun masing2 dah tua tapi perangai gila2 yang menambah kemesraan memang tak dapat dipisahkan

hari raya kelima baru sempat beraya umah mak sedara
ke kota bharu mencari ubat alergik bamlom kemudian ke pengkalan chepa beraya umah ayahngah
lepas zuhur bertolak balik, kemudian beraya dirumah nenek dan mak sedara di alur lintang
sekejapan aje maghrib, balik rumah masak makan dan tidur
huh, tak puas betul  balik raya tahun ni
nasib baik tahun depan beraya dirumah mak hamba pula
 
 
ok habis disini cerita raya
semoga ketemu lagi... bambai..








6 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Oooo.. orang Jertih dia... :D

@LeenShamsh berkata...

tgk pun hapening! laju bawak sekejap je sampai..kami bertolk kol9 pagi sampai mesti mlm..sampai petang zaman berdue dulu ;)

myamyza berkata...

@kak zefa, ye itulah tempat lahir daerah kecintaan kite.. heheh, biar sejauh mana pun merantau kampung halaman tetap dihati..

myamyza berkata...

@ummu muhammad.. jumpe setahun sekali dengan adik beradik memang seronok.. bawak laju sbb jalan lenggang.. sempat zuhur kat rumah mak tahun ni.. dulu masa kite belum kawen pun paling2 cepat 3.30 buleh sampai.. gerak jam 6 dari pasir gudang ni..

wahida berkata...

mmg best kalau balik kampung..dapat lak jumpa sepupu sepapat yg perangai gila2 gak...

NzA berkata...

org jertih rupanya..Jertih kt mana??

ttp mmg seronok dpt raya kt kg sndiri....