salam hari jumaat semua
banyak betul dugaan datang bertimpa2 lepas raya ni
dan semuanya berkaitan dengan abang long
masa balik kampung hari tu badannye alergik
kepalanya bengkak2 badannya berbintik merah, sampai ke kota bharu mommy pegi cari ubat
bila balik johor bengkak2 tu surut dengan sendirinya
lepas tu pening lagi nak cari pengasuh
nasib baik atok mak sanggup cuti nak jaga cucu dia ni
2 hari ulang-alik dari kota tinggi ke pasir gudang
lepas tu kereta 2nd hand yang baru beli tu rosak
bateri kong, tersengguk2 la, masalah lagi en harry nak kene pegi hantar balik
adeh laa, yang pasti perancangan Allah untuk kami pasti hebat..
rabu lepas lepas naik rehat nak keje balik
tiba2 pengasuh talipon kata bamlom nanges je satu hari taknak duduk
dia ceret beret berak berak
najisnya keras pulak tu, mana tak sakit buntut
dengar dari suaranya memang dia dah habis ikhtiar pujuk la
nak tak nak terpaksa minta kerja separuh hari
nasib baik boss memahami
teruk gile bontot dia merah3
nak duduk pun dia tak mahu, apetah lagi nak membuas
dokong pon kene hati2 jangan sampai kene kat bontot dia
nak kene baringkan je kat atas kaki
dia diam je tak gerak2 sambail matenye kuyu tengok mommy
kesian betul saya rasa, sungguh saya memang tak biasa dengan keadaan diam dia tu
biasa bamlom kan aktif yang amat, tibe2 sakit tak bermya tak sedih hati kau?? huhuhuhu
bayangkan kalau dia yak2 pastu masa nak basuh tu memang rasa tak sanggup nak dengar dia nanges pedih.. huhuhuhuhuhu
itulah keadaannya pada petang rabu tu
saya sengaja tak pakaikan beliau pampers
biarkan je begitu
kalau dia rasa nak kencing/berak dia pelan2 turun dari tilam kencing kat bawah
ya Alah bijak sungguh mujahid Allah sorang ni
memang terharu sangat saya rasa, dia tak nak menyusahkan mommy basuh cadar/tilam
rela dia turun kencing dan berak kat bawah.. subhanallah
diusia sekecil ini kamu sudah begitu mengerti wahai anak...
tangan dia sebelah pegang badan mommy,
tak kasi mommy tinggalkan dia
walaupun dia pejam mata seakan tidur, bila mommy galihkan tangan dia otometik dia akan jaga dan merengek2.. sudahnya mommy teman bamlom je petang tuh sampai malam
ingat nak bawa ke klinik,
tapi bila difikir2 dokter pun akan bagi ubat sapu je
belambak2 kot ubat sapu kat umah
bila daddy dia balik baru dia beralih arah nak manja2 ngan daddy pula
dah boleh duduk secara menyenget, tapi tak nak duduk atas lantai,
bagi makan pisang sebijik setengah pastu dia tidur hingga ke pagi
dah malam sikit pengasuh dia talipon suruh letak tepung ubi kayu kat pampers dia
saya try buat la, alhamdulillah dengan izin Allah,
esoknya merah2 tu dah berkurang sedikit
hari ni memang dah kurang banyak la...
itulah nikmat sakit yang Allah yang bagi pada bamlom
untuk memupuk semangat sabar dalam diri mommy dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara kita
semoga lepas ni Allah kurniakan bamlom kesihatan yang berpanjangan ye sayang..
hari ni puan nina tak kerja sebab alami alahan pregnant yang teruk+ batuk+demam
semoga Allah menyembuhkan kamu ye.. cepat2 sihat tau!!
p/s... hari ahad ni rumah saya buat majlis makan2 aka rumah terbuka dan saya dengan berbesar hati menjemput semua rakan2 blogger untuk hadir ye.. majlis start pukul 2 petang hingga 9 malam..
3 ulasan:
ya Allah siannya dia..cpt sembuh ya..
ya Allah siannya dia..cpt sembuh ya..
siannya bang long ni.nasib baek dah ok dah ya.
Slmt hari raya...
Catat Ulasan