Rabu, 3 Ogos 2011

arwah datang jenguk kami pagi tadi!!

selepas subuh tadi,saya bertadarus al-quran hingga ke pagi
setelah mentari memunculkan diri,
(oh matahari takde pagi tadi sebab cuaca hari ni mendung!!)
ok kite tukar pada setelah hari siang, hikhik
mata dah semakin layu,
en harry dan dan bamlom telah lama lena 
semasa saya mengalunkan ayat2 suci lagi...

sesaat atau lebih atau selama itulah yang saya rasa,
saya berada dikampung halaman di terengganu,
dimana semua adik beradik kami berkumpul
dalam mimpi tu waktu pagi, waktu subuh..
tiba2 arwah ayah muncul siap berpakaian sembahyang lengkap
ada kain serban dibahunya
dan mengajak kami sama2 solat subuh, berimamkannya...
subhanallah, kami adik beradik menurut dan sama2 bersembahyang subuh dengannya,
lengkap pula kami berlapan,tapi dalam mimpi tu tiada orang lain
kecuali ibu kami dan kami 8 beradik!!
dalam sembahyang tu bacaan ayat suci kedengaran lancar dan amat jelas sekali
keluar dari lontaran suaranya...
setelah aminkan doanya, jam loceng yang saya set berbunyi,
en harry perlu pegi kerja,
saya terus kejutkannya dan ceritakan mimpi tu.
en harry kata, dia datang tengok kami,
dan kami sama sama sedekahkan al-fatihah untuknya...
 
selama 2 jam saya tido, hanya mimpi tu yang hadir, yang singgah,
mungkin kerana saya selalu memikirnya dan selalu merinduinya,
tambah2 lagi bulan ramadhan ni,
mungkin dia balik tengok anak2nya,
alhamdulillah, mimpi yang baik saya rasa,
semoga arwah baik2 sahaja di alam sana,
dan semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya, mengampuni dosanya,
serta memasukkan arwah kedalam golongan orang2 yang beriman dan berjihad dijalanNya

ramadhan kedua tanpanya,
amat terasa sekali..


raya kedua juga tanpanya,
ya Allah tabahkan hatiku, kuatkan imanku ya Allah!!


3 ulasan:

Unknown berkata...

sama2 kita sedekahkan al fatihah kepada beliau..amin

NzA berkata...

Al-fatihah...mimpi yg baik tu...semoga arwah tenang disana...

wahida berkata...

aku pun selalu rindu ngan arwah ayah aku..

kita sama2 sedekahkan fatihah pada arwah yer...