Sabtu, 11 Jun 2011

cara atasi campak!

entri tanpa gambar..
harap maklum

untuk pengetahuan korang yang tak tahu
masa balik kampung hari tu abang long demam!
dia bukan tak biasa demam.. dia selalu je demam
tapi tak seteruk hari tu lah
langsung taknak duduk/ tido bawah.. nak berdokong je kerjanya
biasanya abang long saya bukan macam tu
dia memang seorang anak anak yang baik dan tak selalu menyusahkan
dari dia berumur 1 hari hingga sekarang jarang dia nak menyusahkan mommynye,
kecuali dia sakit!
ah panjangnye intro.. biasalah tu bercerita pasal anak memang takkan habis!!

so isnin tengok kepalanya dah merah2 ingatkan kesan digigit nyamuk
(kat kampungkan banyak nyamuk )
malam selasa tu dia mengaruk sangat2..
nangis je, dan saya dengan sengaja telah memukul bontotnya dengan kuat sekali
makin kuat dia nangis, geram juga saya bila dia tak makan pujuk
akhirnya saya kejutkan en.harry yang lena sekali tidurnya tu!
daddy dia pujuk2 lagi tak jalan.. akhirnya lena dipangkuan saya juga!
keesokan harinya, saya lihat merah2 dah merebak ke muka dan belakang badannya!
hati saya tersentak!! campak/ ciken pox??
terus menyesal malam tadi pukul bontot dia.. padahal dia dah tak selesa+ sakit
saya lagi tambah kesakitan dia..
sekarang memang menyesal(saya memang pukul bontot je)
sbb tau kat situ ada pampers yang buat dia rasa tak sakit

YA ALLAH, engkau berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anakku, 
dan ampuni aku ya allah
engkau redhoilah aku dalam mentaati mu YA RABB
 
lepas tu teros telefon mak kat kampung
tanya nak taruk ape kalau budak kene campak
mak cakap
mandikan dia dengan air beras campur asam jawa
lepas tu selalu jelom kepalanya pakai air beras+asam jawa+daun bunga raya
lagi, mandikan dengan daun dan akar kacang panjang(yang ni tak buat sebab kat sini mana nak cekau pokok kacang panjang!!
bagi minum air cap badak juga kasi sejukkan badan,
sebab campak kan panas dalam
dah tengahari sikit tu hantar kat umah pengasuh dia kasik minum air kelapa
dan mandikan dengan air kelapa juga
ibu abang long siap pakaikan krim campak kat muka dia
esoknya bintik2 merah dah kurang
tapi saya still mandikan dan bagi minum air kelapa kat rumah
dan dengan izin ALLAH esoknya lagi bintik2 merah tu dah hilang sepenuhnya
 
dan abang long kembali menjadi anak bujang saya
yang ceria, comel,kacak lagi baik dan happy go lucky...



3 ulasan:

Makbed berkata...

elok-elok ...semoga cepat sembuh.

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sabar la ye.... ujian utk ibubapa ni. anak2 sakit ni, penghapus dosa ibubapa....

myamyza berkata...

@ makbed tq..
@umi sofie... mudah-mudahan begitulah..