Khamis, 25 September 2014

SUDAH 2 BULAN!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan aku, meminjamkanku akan kedua putera puteriku, razziq dan ratna,
ratna dah berusia 2 bulan beberapa hari dah
seronok jadi mommy pada ratna ni, tak banyak ragam, tak banyak nangis, tapi suka nau nau bejaga malam..
rabaks mata mommy nakk...
bamlom yang lebih merunsingkan mommy sebenarnya
dia punya kejelesan tu melampau2 pulak.
memang la dia sayang sangat ngan adiknya tu, tapi tak menahan bila dia asik dekat dengan adik dan usik adik itu ini
sekejap dicium, dipeluk dan dibagi tetek dia yang takde susu tu!
lepas tu, angkut menan dia main kat sebelah adik,
ajak adik main, walaupon masa tu adik tengah tido..
siap main polis penjahat ngan adik..
kalau ada makanan semua pon pelawa adik makan sama
memang kena alert sangat mommy ni,
masa kat kampung hari tu nyaris buah ceri dan buah getah masuk mulut adik,  mommy tinggal ke toilet kejap aje..
bila takde orang diam2 diangkat adik.. fuhhhh
tangan didahi mak kau nak,rasa nak hantuk kepala ke dinding

tak boleh marah dia pulak tu, 
nanti cakap mommy tak sayang ayong lagi, semua pon adik aje!
lepas tu lari merajuk kat dapo, bukak peti ais tanpa tujuan,, muahahaha
oihh, dah pandai sangat bercakap emosi2 sekarang kau..
'mommy, kenapa mommy sayang adik"?
adik kan anak mommy, mesti la sayang
'ayong ni mommy sayang tak? ayong anak siapa"?
sayanggg sangat, ayong anak sulung, sayang sangat, adik anak bungsu, sayang jugak..
bila dijawab macam tu, datang cium pipi mommy bertalu2.. hihi
natijahnya sekarang ni kalo takde orang tengok2 budak berdua tu, tak boleh buat apa lah mommy..
paling terkesan daddy la, takleh makan sedap2..
mommy masak ala kadar termampu tersempat aje la
kesian jugak ngan muka dia kekadang bila tengok lauk kering2 aje
" yang, masak apa hari ni?'
goreng ikan je bang, ngan sambal ketuk, adik asik nak mengempeng aje, mana mommy sempat nak masak tumis2.. alahh, makan ajelah apa yang ada..
alasan kena jawab pantas kilat dan kental, pastu buat muka kesian sikit,, redho lah dia tu nanti
muahahahha

eh tajuk kemain lagi, sudah dua bulan, nak cerita pasal adik sebenarnya, dah melalut ke benda lain,dah jadi mak2 ni macam ni la kann.. hihihi
adik ok je, baik sihat, gebu dan solehah
no vaksin to adik, insyaallah, antibodi adik akan lebih kuat dengan susu ibu dan makanan sunnah
yakinlah hanya pada Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan..
walaupon masa gi check sebulan hari tu, panjang jugak kena dengar tazkirah doctor
tapi mommy buat2 pekak aje la, pilihan kan ditangan kita..
lepas tu mommy rasa dah malas nak gi klinik, continue dgn klinik swasta je la, untuk cek berat dan tinggi.
adik ni dihantar kepada pengasuh tetap bamlom dulu la,
dengan bayaran yang masih belum dipersetujui, mak pengasuh dia kata, berapa2 aje la miza, akak tak kisah..
ahh, dah ku serba salah...

dedua pon kesayangan sangat..hihi
okbai.






Tiada ulasan: