Khamis, 6 Mac 2014

MEMBIZI DI OPIS DAN DIRUMAH!

naik keje lepas chinese new year hari tu
takde satu hari pon tak sibuk kat kedai
sibuk je memanjang
ada yang beli nak motor, renew r/t insurans
repair itu ini  dan pelbagai urusan jpj
yang sesaja nak menyibuk pon ramai..
memang penat sangat badan,
balik keje jangan cakap la, memang menghampiri angka 10 malam baru sampai umah.
balik rumah mulut dah lenguh, kepala sakit, badan sakit
kerja memang macam ni la kan
tukarannya dengan wang ringgit yang bila gaji sekelipan mata habis!!
napsu napsi banyak sangat, mau itu ini, ambik la kau!!!

balik umah nak melayan anak lagi
seharian tak dapat kasih sayang mak pak
memang banyak ragamnya
panggil mommy selang seminit kot
tapi itu la yang menunjukkan anak mahukan perhatian kan
kena layan anak bercakap sesambil tangan lipat kain baju..
kadang2 mommy kesian ngan bamlom
kalau mommy sibuk kat dapor, bamlom naik atas meja nak tolong mommy,
nak cakap ngan mommy, mulutnya pulak tak berenti nak mengadu itu ini
kadang tolong kopek bawang, kadang tolong tumbuk bawang,
sekarang ni dah upgrade ke tolong basuh pinggan..
rela panjat tong gas, tak sampai nak guna sink
tapi bersih pulak pinggan dia basuh.. rajin anak mommy.
bila mommy pegi luar nak menyapu, bamlom tolong pegang penyodok, tolong kutip sampah yang besar2 masukkan dalam plastik sampah
lepas dah siap menyapu, dia sepahkan semua mainan dia ke ceruk rumah
baik2 mak ko mood dah ok, jadik la tarzan semula..
menan bamlom dah banyak sangat, 2-3 bakul, mommy duk geram2 je nak muatkan dalam plastik hitam dan letak kat depan umah, tunggu lori datang angkut
tapi daddy la yang melarang
mainan banyak2 sepah2 serabut hoiii!!

nasib baik jugak daddy ringan tulang jugak
tolong mana yang boleh
kadang2 daddy tolong basuh dan jemur kain,
kadang tolong mop lantai dan vacuum
sejukk jugak hati mommy,
kalau nak mommy yang buat semua memang pengsan la
dah la tak boleh nak duduk lama2
nanti menyucuk2 sakit pinggang
nak lipat kain paling benci, kadang2 kain 2-3 bakul sekali hadap, mau 2 jam duduk tak bergerak, bila bangun nak kemas kain ke rak, rasa macam nak putus belakang ni rasanya..
daddy la jugak yang menjadi tukang urut tak berbayar untuk mommy..
tengkiu daddy. love u..
 
bila berbadan dua ni mood memang tak menentu masa
sekejap ok, sekejap ribut taufan, sekejap tsunami pulak datang..
en harry yang selalu kena badainya..
bamlom pulak kena tempias.. keh keh keh
en harry memang dah paham sangat perangai bininya
dari belum kawin dulu, kalau hamukan, dia biarkan aje
dia tak pernah nak marah ke, nak jawab ke, dia biarkan je mommy membebel sorang2 macam perempuan meroyan mati laki, sampai masa akan sejuk sendiri
yang penting nak tido sila mintak mahap ngan laki ye...
tapi nasib baik jugak mood tak betul datang sekejap2 aje
haih la, bila la nak beranak ni?
rasa macam perut ni dah besar sangat dah ni!
tetibeeee,,
padahal bulan  lepas checkup misi cakap perut kecik sikit
nak dapat anak perempuan kot..
kihkihkih






Tiada ulasan: