Khamis, 6 Mac 2014

FREE DIAPERS SEPENUHNYA!

alhamdulillah
Allah izinkan bamlom untuk free diapers sepenuhnya diusia 3 tahun 3 bulan ini
sebelum ni memang dah agak lama juga dia training tak pakai  pampers waktu siang
tapi mommy lupa la tempoh masanya tu
dalam 2-3 bulan sebelum kot
pakai pampers malam aje.
tu pon jarang2 sekali je dia kencing
bangun pagi kering memanjang pampers dia

mommy pon baru sebulan ni start tak pakaikan dia pampers waktu malam
abamlom pon selalu tido lambat saing mommy
so, senang sangat nak ajar dia
sebelum tido kul 12 suruh dia pegi kencing siap2 kat toilet sebelum tido
masa memula tu dia merengek jugak nak pakai pampers
tapimommy cakap, nanti nak sekolah, mana ada orang pakai pampers lagi..
nanti kawan2 ejek along, nanti hari ahad mommy ajak jalan k.
nasib la makan pujuk,,, ok je la tido sampai subuh
mommy bangun semayang subuh tu kejut dia kencing lagi
tapi syarat bangun dia, nak bedukung ke bilik air..
layan kan aje la
sampai sekarang ni berdukung ke bilik air waktu subuh
apa2 je la anak, asalkan tak kencing kat tilam aje..
so far memang senag, tak tak berapa nak menduga kesabaran
sekarang ni, kalo kejut dia bangun kencing, laju aje la dia bangun..

susu pon dah tak minum lagi
kuat makan je sekarang ni
bagus la nak...
pampers tak pakai, susu pon takyah beli
jimatttt duit mommy..
keh keh keh

tapi, sekarang ni, dia mintak dibelikan spender ok!
ahad lepas bawak dia gi tesco, saje la cucimate soping sikit2
carikkan jugak spender untuk dia 3-4 helai
sekali dia nak beli yang angry birdss
aaa,, pitamss, dah la mahal
mommy buat bodo je, belikan yang ada gambar ikan
4 helai 10 hengget..
balik je terus sarung sekali pakai 2 helai
pakai kat luar seluar jenas pulak tu
ko ingat ko superman??
kah kah kah
 
 






Tiada ulasan: