Jumaat, 16 November 2012

JANGAN.......!!

jangan sakitkan hati orang lain, kalo ada orang lain yang masih terasa juga dengan perbuatan kita tanpa niat kita mahu menyakitkan hatinya, maka... maaf!

jangan keruhkan hubungan persahabatan/kekeluargaan yang dah sedia keruh.
apa salahnya mengalah, cuba selalu mesej dan bertegur sapa seperti tiada apa2, kalo diorang tak layan, tak apa, yang penting kita dah cuba...

jangan lupa kepada kedua ibu bapa, kalau mereka masih ada, seelok2nya selalu2 balik tengok mereka, kalau dah kembali kerahmatullah, hantarkanlah bekalan untuk mereka disana, sesungguhnya punya ibu bapa itu beruntung lebih2 lagi seorang ibu... jika ibu sudah tiada maka amatlah rugi kerna kehilangan doa seorang ibu.

jangan suka mengata orang itu ini begitu begini, sedangkan kita tidaklah sempurna mana...
ini, kain orang terbelah sikit kita nampak, kita seakan mahu telanjang masih juga tidak sedar! 

jangan pernah berlaku sombong kepada sesiapa, hari ini kita berada diatas, mewah, senang, duit penuh poket,harta berjuta, kereta berderet, siapa tahu esok2 kita kan berada dibawah, miskin dan tak punya harta, ingat! dunia berputar bagaikan roda, hari ini mungkin kita diatas, esok pula mungkin berada dibawah.

jangan sesekali kita menganiayai binatang, mereka juga punya nyawa dan berhak hidup seperti kita, apa salahnya kalau kite tengaj makan , tiba2 datang kucing mengiau kat kaki minta sedikit makanan, bagilah walaupon secubit ayam/ikan/daging,, kucing sentiasa akan mendoakan kita walaupon kita tak dengar..
#lebih kepada ingatan untuk  diri sendiri#

jangan nak buat tak tahu je bila orang bertanya... orang tanya sila jawab!!
ni dah datang rumah orang, jalan sana, jalan sini, tengok itu tengok ini, bila ditanya nak buat ape, dia buat tak tahu aje, nak kata pekak, dengar, nak kata bisu bercakap, pastu sibuk pegi tanya tauke, pastu tauke marah saya kenapa tak pegi layan kastemer, padahal kite tanya dia tak nak jawab, tak layak ke kerani macam saya nak bagi info pada awak? besar sangat ke pangkat awak sampaikan boss boss je nak kene layan? mencikkksss
(ok ni motif sebenarnya entri ni.. jangan mareeee)




Tiada ulasan: