Khamis, 1 November 2012

BAMLOM SAYA DEMAM!

demam terkejut rasanya..
malam semalam tu bila balik kerja merengek2 ngan dedi dia nak tido
dedi tidokan kat riba dia, pastu bila lenguh angkat letak atas sofa
dedi tinggalkan kejap gi jemur kain
mommy macam biasalah masak kat dapor
kejap lagi bunyi debukan dan raungan yang meruntun jiwa
dia bergolek danterjatuh ke lantai simen, bibir pecah dan berdarah
mengucap2 mommy, takut gigi dia patah ke apa, dekat setengah jam nangeh
nasib takde pape, bibir je la bengkak sikit
pujuk dengan jajan, boboi boy semua tak dilayan, dia amik baling semua tu
haiyaaaa, dedi bawak naik motor kejap baru diam
malam tu tido cam biasa, jaga pon mintak susu aje...
 
pagi esoknye(semalam) badannya dah mula panas lite2
tak bagi lagi ubat demam, tak ada bersin, tak ada batuk lagi malas la nak kasi
dia tengok tv,  masih main2 macam biasa, 
hantar umah pengasuh pon ok2 saja
malam tadi masa nak amik dia ,,dia tidur,
 biasanya jarang dia nak tido time2 nak balik
rupanya dah tak sedap badan,agak panas juge la badan dia malam tadi
bawak gi kedai dulu beli jajan, balik tu dah start merengek
itu tak kene, ini tak kene, semua tak betul, nak menangis je kerjanya
mandikan dan bagi ubat demam
pas makan ubat tu dia tido la sekejap
tu pon nak tido secara berdokong, mana la mommy larat nak dokong dia kan, paksa juga dia tido kat tilam, meraung2 tak nak, angkat letak atas dada, barulah dia ok sikit
nak bernafas tak selesa agaknye, dah selesema kan
nangis sampai muntah, kadang2 batuk pon muntah, keluar air liur je muntahnye, dah siangnye tak makan, minum susu pon tak nak
malam tadi macam tu la, tido setengah jam jaga, satu jam jaga, tak selesa
mommy kalo tido jaga tido jaga memang tak boleh tido langsung
ada pulak kucing bercekau kat luar rumah, bising giler
kalo dekat2 mahu kusiram air panas kucing tu!!
dekat2 subuh baru dia betol2 lena sampai jam 9 pagi tadi
pastu bangun mintak susu dah ok sikit la tu kalo mintak susu, badannya still panas tapi sepanas malam tadi la
batuk dan hingus mengiringi, kesian betol tengok..
 
 

pagi ni mommy tak masak langsung
penat,kalo dia demam berangan la nak masak, merengek nak dokong je kat kaki, nak jalan pon tak senang! baik takyah masak awal2 dari nanti marah2kan dia, bertambah2 sedih dia nanti kan?
 dedi belikan nasik lemak je tadi, 2 bungkus untuk mommy sorang
hihihi, bungkus kecik2 aje, boleh habis la dua
bamlom makan roti je, tu pon sekerat je setelah dipaksa2 dan diugut2..
bagi makan ubat lagi, meraung toksah cerita la susah nak telan obat,
pastu dia diam je tengok tv, dah jam 11.30 tu cakap ngan dia 
suruh pakai baju, nak hantar gi umah maklong ni
dia geleng2 kepala tak nak, tanya lagi nak jumpa abang aidil x? geleng kepala lagi,, annakk(tak nak) adeh laaa, mommy tak boleh cuti la sayang, dah 2 minggu turut2 dah cuti, nanti hari ahad ni mommy bawak gi jalan2 kat taman menan ok! baru dia angguk dan nak pakai baju... 
kesian anakku itu....
harap bamlom cepat baik,  alabiu so much wahai anak!







2 ulasan:

BTS berkata...

moga lekas sembuh

myamyza berkata...

terima kasih atas doanya..