Rabu, 15 Ogos 2012

SALAM LEBARAN OLSSSS!

hai korang
hari ni mesti dah ramai yang cuti kan?
jalanraya kat tempat saya keje ni nampak dah lenggang..
kedai pon takde orang sangat, ade seketol dua je
bestnye korang yang dapat cuti awal,,
membuak rasa dalam diri mahu cuti jugee.. huhu
takpelah dah nasib badannn..

di kesempatan ni saya nak mengucapkan
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan,
sahabat alam maya, sahabat fesbuk dan seluruh umat islam yang meraikan...
seandainya sepanjang anda mengenali saya, ada yang terasa, sakit hati, marah, kecewa dan berbagai perasaan tidak enak tu, harap maafkanlah diriku yang tak sempurna ni...
semoga syawal kali ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua.

sebelum bergumbira pulang kekampung pastikan beberapa perkara ini ye...

1) pastikan dan check segala suis ditutup, dan plug dicabut dari kepalanya, untuk mengelakkan lintar pintas dan sebagainya..

2) cabut kepala gas anda, yang ni saya amat takut kalo lupe, memang kalo nak travel balik kampung/lok heng pon akan cabut..

3)pastikan semua pintu dan tingkap berkunci, kalau perlu tambahkan lagi kunci dipintu utama

4) kosongkan barang2 basah/sayur dari peti icebox anda..kalo tibe2 blackout, naya je semua busuk.

5)jangan tinggalkan barang berharga dalam rumah, emas duit bawak semua je.. barang2 yang rasa agak sayang seperti tv60 inci korang tu, simpan masuk kotak balik ye..

6)cas henfon korang, dan pastikan diisi kredit ya, tengah jalan berlaku apa2 kita tak tahu, nanti senang nak kontak sesape..bawak charger sekali

7)paling penting servis kereta, pastikan angin dan minyak dalam keadaan baik dan mencukupi, jangan lupa baca doa naik kenderaan

semua langkah keselamatan dah diambil, selebihnya berserah pada Allah!
semoga korang selamat sampai ke destinasi...
salam raya.




Tiada ulasan: