Selasa, 5 Jun 2012

PRA BERCAKAP!

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat bernafas dibumi tuhan untuk mencoretkan segala galanya tentang bamlom.
setahun 6 bulan ni bamlom memang anak mommy yang sungguh soleh, baik, bijak, cerdik,rajin dengar kata, dan segalanya yang baik2lah. semoga tingkahlaku bamlom yang baik2 ni terus dikekalkan dan dibawa untuk bekalan di masa hadapan

Sejak dari bulan lepas lagi , mulut bamlom berkicau bagaikan murai
selalu tegur orang2 di sekeliling ajak bercakap
macam dah nak bercakap sangat dah, bila mommy tanya bamlom itu ini, tangan pon sibuk tunjuk sana sini juga
pastu bamlom sesekali dah boleh cakap perkataan akhir yang mommy cakap
contohnya bamlom nak minum air??
bamlom akan jawab air atau seakan2 air, memang dia amik perkataan belakang aje,
kadang2 je la, tapi mommy memang selalu ajak dia bercakap
berbual itu ini, ape sahaja...
mulut memang tak berhenti mengiyakan, angguk2 kalau betul
geleng2 kalau salah, bamlom memang dah paham sangat bila mommy arahkan/ cakap sesuatu
bila mommy cakap bukak baju mandi, bamlom pon menonong ke bilik air,
mommy cakap kene pakai kasut, bamlom pon duduk kat pintu tunggu mommy pakaikan kasut
kalo bamlom yak2 bamlom akan pegi kat mommy pastu tepuk2 tangan atau dada mommy,  tunjuk pampers dia
mommy tanya, bamlom yak2 ke?
dia jawab  yakkkkk, ok jom basuh, memang otometik akan ke bilik air
 
 

kalo kat rumah maklong lagi la
kat sana pon ada abang aidil yang memang suka bercakap, bamlom asik duk jawab pertanyaan dia aje la
kalo cakap lebih2 nanti bamlom marah abang aidil
haihhh, 
petang2 pulak maklong selalu bawak meronda pusing satu nenas tu
kalau berjalan taknak dipimpin, nak berlenggang sorang2, kalo maklong pegang tangan dia dia duk cakap, pah, pah(lepaslah tu)..
banyak la aksi dia yang mendekahkan maklong, hahahaha
maklong pon dah sayang sangat dengan dia
kami nak balik kampung seminggu ni maklong yang pening, kehkehkeh
 
spoil mood la pulak, custemer datang bikin saya stress, bila stress, idea pon talak mariii..
sambung len kali je la!
baiii
 


Tiada ulasan: