Jumaat, 9 Mac 2012

SHAYE DAH BESHAR!!

 sekejapan jer bamlom ni dah nampak besar
macam 2 tahun dah badannya
sihat walafiat, (semalam sedikit demam), soleh, kachak, rajin, hensem serba serbi, baik,
suka pukul orang, gigit orang,    pandai lagi bijaksana., 
ade lagi tambahan ni, selalu hempuk muka didi kalau dia kejut didi tanak bangun,
amat suka mandi, pewangi, suke sepahkan bekas bawang mommy, 
suke tolong mommy sapu sampah, pastu dia amik sampah masuk molot,
jarang menangis, tough, selalu tumpahkan air, pandai mintak susu dan macam2 lagi.


perkataan yang meriah kat mulut dia sekarang
miii, diddi, makkk, nakk, nahh, niii, cuu(susu) air,

 
gigi masih lagi 6 batang, 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah,
gigi bamlom sangat putih dan kuat, sebab mommy selalu sental gigi bamlom
sampaikan kepala bamlom terteleng2, kahkahkah
bamlom sangat suka gigit orang, 
kalau dia gigit mommy, mommy gigit dia balik
sama2 sakit baru adil kata ku.. keh keh keh

semenjak usia ni, tido dah tak payah dodoikan/ masuk buai
dia main penat2 nanti dia akan tido sendiri
genyeh2 mathe, pejam mathe, dan marilah bermimpi,
hehehehe, sonang keje mommy eh.


makan juga mahu sendiri,
minum pulak nak pegang gelas sendiri,
lepas habis minum otometik dia hempaskan cawan ke lantai
bertuahnye lah anak mommy sorang ne,
masih belum ada tanda2 mahukan adik.. 
kikikikiki, selamat buat sementara nih,
tengok la tahun depan kau!!!


dah pandai berdoa, mommy angkat tangan baca doa,
doa tidur ke, doa penerang hati ke, ape2 la mommy berdoa
dia akan angkat tangan dan aminkan, tapi selalunya, mommy belum habis berdoa dia dah amin dulu
pastu carik lori dia, main kat sejadah mommy, huhuhuhu
kalau dengar orang azan, otometik letak tangan kat telinga
pastu dia pon nak azan juga ikut bahasa dia..
mommy cakap, bamlom nak jadik muazzin ke??
dia tersipu2 malu menyengeh.. 
pastu dah pandai sujud jugak, mommy sujud, dia pon sujud same...
hmm, semakin anak besar dan pandai macam2 semakin rasa bahagia dan bertuah melalui pengalaman ni.
terima kasih Allah. sesungguhnya aku bersyukur.


p/s: 28/03 ni klinik, ngecheck bamlom setahun 3 bulan.. malasnye nak beratur  kat kelinik kerajaan
klinik swasta aci tak??

Tiada ulasan: