Isnin, 12 Mac 2012

MARI MEMASAK BERGEDIL!!

ni kalau betul betul rajin baru keluar segmen mari memasak
kalau setakat hari ni masak telur masin rebus, 
esok pulak goreng ikan garing2 tak hinginnye nak sebut mari memasak bagai.. kehkehkeh
so hari ni berkebetulan mood rajin+ bangun awal
jadik la bergedil ni
bahan2 sediakan dari malam tadi lagi
bangun pagi ni tinggal goreng2 dan tumbuk2 aje

jom cekidaut resipi
 
8 biji kentang
4 ulas bawang putih  ditumbuk
2 sudu serbuk lada putih
3 ketul dada ayam dicincang
setengah bungkus bawang goreng yang berharga rm1
5 batang daun sup
2 biji telur(diasingkan putih dan kuningnya)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


caranya...
kentang dikupas dan dipotong bulat2, goreng, toskan dan tumbuk
panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masukkan bawang putih yang ditumbuk bersama serbuk lada putih, agak2 garing masukkan ayam cincang, masak sehingga air kering dan dagingnya lembut
gaulkan bersama kentang yang ditumbuk tadi
masukkan 2 biji kuning telur, daun sup dan bawang goreng
bentukkan seperti bergedil, celup dalam putih telur dan goreng

tips untuk goreng bergedil supaya tak hancur ialah minyak biar betul2 panas baru masukkan bergedil, dan jangan balik kalau ianya tidak betul2 garing..

yummy, bamlom mesti interprem, kan model blog mommy, hihihi

ok selamat mencuba,,

Tiada ulasan: