Isnin, 30 Januari 2012

ENTRY CUTI 1(21 JAN TO 29 JAN 2012)

Assalamualaikum
fuhhhh fuhhhhh, sapu habuk2 dulu
rasa lama nau tak menghapdet belog
almaklumlah bila sesekali dapat cuti, segala2 nak cuti
taknak serabut2 kepala, tapi bila masuk keje semalam serabut tu datang lagi
haishh, kalau macam ni kene cuti selama lamanya lah kekdahnya...
kahkahkah

ok plan memula tu nak balik kampung hari ahad 22 jan tuh
sebab janji ngan budak2 nak bawak diorang pusing johor dulu, tengok wayang ke, soping2 ke,
tapi bangun pagi sabtu, lepas pegi belanja semua
kaklong talipon suruh balik dan dan tu jugak
katanya, besok hari ahad terus nak gerak ke Perak
aduyaiii, dah kelam kibut, dengan baju tak kemas lagi, rumah belom siap kemas, makan pon belom, 
nasib baik ada 2 pembantu already
diorang tolong mana2 patut, kemas itu sikit ini sikit, masak nasi lauk simple gile, makan lelaju,
kul 12 tengahari dah sedia untuk bertolak balik kampung
jalan pulak so so je
tak jem sangat, tak lenggang sangat, 
tapi trafik slow sebab banyak lagi lori jalan hari tu
kul 5.30 petang baru sampai kat Pekan Pahang
berhenti solat, mandikan budak kecik tu, dan berehat jap, baru teruskan perjalanan

sepanjang perjalanan perangai bamlom memang sangat menguji kesabaran saya
menangis melalak dalam kereta
kalau berhenti isi minyak ke, solat ke, nak buang air ke
suka lah dia boleh jalan2 jap
pastu naik kereta dia buat lagi perangai
adoiii, nasib baik bila kesabaran makin menipis, kami dah nak sampai kampong
dekat 11.30 malam  baru sampai
legaaaaaa, malam tu semua tido ngan lena, sebab masing2 dah penat

esoknya ahad pagi, lepas bersarapan rehat2 jap,
pastu berkemas kain baju semua,
kul 2 baru gerak ke Perak
ikut jalan machang- gerik, 
jalan dia makkk aiiiii, gaung kiri kanan
bila selekoh tajam2 je masing2 mengucap, 
dah lah jalan kecik, pastu nun diatas gunung, saboo je lah, 
berhenti makan solat jamak kat Hentian Peroh,
baru teruskan perjalanan keSetiawan,Perak

muka bamlom  bengkak sebelah kene gigit nyamuk
kulit dia super sensitif
kalau balik kampung mesti kene penyakit kulit
nyamuk gigit je pun boleh bengkak sebelah pipi,
kaki jangan cakap macam kene penyakit kudis malam,
tapi bila balik johor, beransur hilang dan tinggal parut jer..
kene bawak ke pakar kulit nampak gayanya.

ok, sambung balik
perjalanan ambil masa selama lebih kurang 9 jam
lalu mana saya pon tak tahu,
almaklumlah, co pilot, selalu saja tido,
asal bamlom tido mommy pon ikot tido sama
hakhakhak, sedo2 je dah sampai Kuala Kangsar
pastu sambong tido lagi, sedo lagi tu, eh dah sampai Bandar setiawan
kesian kat daddy drive soram2..
sampai umah bang chik saya dah jam 12.30 malam
dia dah siap tapaukan nasik
makan, berbual, bincang esok nak pegi mana semua
lepas tu mandi dan tidooo..
-
-
-
-
-
-
-
-

akan bersambunggggg bila saya rajin, hikhikhik
baiiiii....

1 ulasan:

wahida berkata...

bamlom rimas tu duk dlm keta lelama..huhu...