hye all
malas sebenarnya nak menaip dan berceloteh disini,
tapi memandangkan sekarang takde keje nak dibuat
gagahkan juga la tangan lembut gemalai ni menaip.. kihkihkih.. pitammm
seperti yang diketahui,(eceh macamlah korang selalu baca blog saya kan??)
saya start bercuti untuk hari raya kurban bermula 04-nov 2011 hingga 07-nov-2011
gerak balik kampung masa tu jam 7.30 pagi,
bukan seperti kebiasaan saya balik ngan en harry
kalau ikut time saya kul 5 pagi dah gerak dah,
tapi adat menumpang, kene la ikut tuan punya kereta nak balik masa2 mana kan?
bamlom pulak masa naik kereta tu tak duduk diam dia,
terpontang panting kiri kanan,
dengan saya yang belom bersarapan, perut kosong, duduk kat belakang pulak tu
memang terkeluar la isi perut yang tak sepatutnya
dah la malam tu en harry ajak ngeteh tongkat ali ngan kacip fatimah... eh!! haha
dengan mengantuk tak cukup tido,
dengan mengantuk tak cukup tido,
memang sangat sadis rasanya, mana mommy tak mabuk
nasib baik kejap je, lepas sarapan dah ok
jalan so so je la, tak jem sangat tak clear sangat
petang kul 6 baru sampai jerteh, nasib baik abang terchinta sudah menunggu !!
tq bam nik jasamu dikenang.. hikssss
disebabkan raya tahun ni balik awal 2 hari maka esoknya dengan sukarelanya menawarkan diri membungkus ketupat palas, ye tuan puan, kat sana ketupat palas amat popular dihari raya yer,
kalau kat sini ketupat nasik ngan lepat kan
tapi baru hari tu je baru saya pandai bungkus
tupun gigih duk belajar polek ngan kak nira,
bila dah jadik ketupat je, terus berlagak ngan adik beradik yang tak pandai bungkus.. haha
dasarrrrrr, pastu mak siap pesan lagi tahun depan raya balik awal sikit bungkus ketupat..
bangga amat rasanya!!
itu dia!! gigih masukkan pulut dalam daun palas
tadaa sudah menjadik!!
dah habis bungkus ketupat nih, makan colek pelam ngan jambu pula
ya Allah bertambah2 sedapnye bila makan ramai2 camni,
orang johor ni tak tahu colek tu ape, kalau saya buat pun buat muke pelik jek!!(sesetengan dikalangan kawan saya yer)
ah tak peduli, kalau saya nak makan memang akan makan ajer.. haha
macam ginilah suasana bila berkumpul ramai2
bercerita2, bergosip2, bergelak ketawa, makan itu, makan ini,
rumah jangan cakap cakap la memang hingar bingar dan berkubang lanang, bersepah sepahan
tapi seronoknya, tuhan jelah yang tahu,
saya memang sentiasa rindukan saat2 ni...
lambatnya nak raya tahun depan.. haha, over sangat kau kan!!
esoknya, hari raya tuh
pagi2 bangun nak gi semayang raya
dengar khutbah raya tu, meruntun sebak dalam dada
balik semayang raya baru prepare nak potong lembu
lembu adik saya je, semua bagian adik beradik yang ambik
tak masuk orang luar, senang begitu kan!
saya baru pestime amik bahagian
mula2 kene buat jual beli dulu dengan tuan lembu,
pastu masa sembelih darah mengalir tu baru niat,
saya niat akikah bamlom, dah lepas untuk bamlom 2 bagian.. alhamdulillah,
3 bahagian daging kurban dibahagi-bahagikan
4 bahagian lagi dimasak sedikit manis, sunat kan masak manis daging akikah
orang sibuk bertungkus lumus kat dapur, buleh pulak saya tertidur kat depan
not good sungguh ini anak!! bamlom pulak ramai pengasuh kat sana
so kalau dia nampak mommy buat2 tak nampak je lah
bagus!! baru mommy buleh tido ngan enaknya!!
kejap je berenak-enakkan, bigboss datang menjerit membebel tepi telinga, deras2 bangun masok dapor, haha, pastu sibuk amik daging yang baikk punya nak bakar..
en. harry dah maghrib baru sampai,
yang bestnya,bamlom buat2 tak kenal dedinya
dahlah 4 hari tak jumpe, buleh dia pinggirkan dedi dia begitu sahaja
kecik hati dedi, malam tu berehat, tido awal,
bangon pon awal, budak kecik tu, 05-30 dah bangun, mengalahkan tokwan nak pegi masjid!
sarapan, hantar mak sedara ke jerteh dulu, baru balik bersiap2 dengan malas,
biasanya memang gitu, balik kampung kemain awal, nak balik johor malas ya amat!
sempat gi kenduri lagi tu, kul 1 baru gerak, samapi lokheng jam 9 malam
kematu buntut aii taukkk...
tido sana jap, esoknya baru balik pasir gudang
dan dah 2 hari kami semua demam,.. huhu
tu jer cerita raya, esok2 kalau rajin update lagi
baiiiiiiiii
1 ulasan:
alhamdulillah bamlom dah selamat aqiqah..mudah2an mudahlah mummy daddy dapat syafaat kat akhirat nanti..muge jadi orang alim yg amal wahai anak hebat!
p/s: batch muhammmad, danial, bamlom kategori cepat kakilah..tak sabar nak tunggang kude ni hehe ;)
Catat Ulasan