Isnin, 17 Oktober 2011

PANTAI TANJUNG BALAU!

thee heeee
salam all,
cerita hari ahad lepas, tengahari ni baru nak tulis
nak buat cemana baru datang rajin.. kehkeh
ahad macam biasalah balik ke kota tinggi
dah kul 1 baru gerak, kul doblas sampai
MIL dah masak macam2 dan tinggal hidang jer..
oh bagusnya tak payah tolong masak.. hahahahha
hah jangan ingat nak bersuka ria je, lepas tu pinggan menimbun tu bagian ko yer.. huhuhuhu

kebetulan hari tu adik perempuan en. harry balik juga
pastu terus ajak kitorang ke tanjong balau
en harry tak berapa nak pegi penat katanya
tapi saya paksa juga, alasannya bamlom belom kenal pantai lagi.. haha
nasib baik bamlom ada, buleh la mommy reka2 alasan.. padahal diri sendiri yang kegedikan nak pegi!
en harry rela dalam terpaksa, layankan jer lah...

lepas semayang zuhur baru kami gerak pegi
sampai sana 3.30 petang, matahari panas terik atas kepala
kejap je panas, pastu dah teduh sikit

inilah pantainya, bersih betul dan airnya biru
tak sabar nak terjun.. weehuuuuu
budak tecik pun sukeeeee..
bila kaki dia dah jejak air je, terus sukeee giler, tersengih2 gerammm
tepuk2 air macam laut tu dia yang punya..



lepas tu taknak bagi orang pegang dia, nak merangkak sendiri dalam air tu
nasib juga ombak tak kuat, sedang elok la..
tak puas hati letak kat tempat cetek, dia merangkak sendiri nak ke tempat dalam sikit
berani betul la budak kkecik ni!!!
bila ombak hempaskan badan dia, air masuk mate lagi tak nangis langsung, gigih koooo
ye la budak jakun pantai


 en harry pulak bila tengok anak dia suka main pantai
dia cakap ape tauuuu..
'yang minggu depan kita datang lagi ye'
amboi3... kurang kerjaan la kalau tiap2 minggu nak ke pantai.
pegi pantai ni satu je saya tak suka,
pasir yang melekat kat serata badan
bencinya lah, astu kulit rasa kering nau..
bamlom balik tu kulitnye merah2
kat celah pehe jangan cakap la, berbintik2, dia memang cepat kene alahan...
kul 5 baru balik ke lokheng, bamlom dalam kereta dah melalak lapar susu

lepas minum sebotol ni, tido sampai ke maghrib...
tapi malam tu lene sangat dia tido, penat sangat agaknya
esoknya baru bangun mintak susu...
nak pegi lagi bamlom??????????????
NAK! NAK! NAK! mommy yang tolong jawab..
hehehe, ok bai.


4 ulasan:

Diana @ bilakukatacinta berkata...

kite name jek orang kota..tp jarang bebenor sampai kesini..sepanjang hayat, hanya 2 3 kali..tupon sbb de kursus...ngan amik pics wedding

puan nina berkata...

huhuhu..Danial takmo men air laut..tsk

myamyza berkata...

@kak diana, pegi petang2 baru best nak mandi, tak terbakar mana.. hehe

myamyza berkata...

@nina, selalu2 la bawak, nati terbiasa la tu..