Isnin, 12 September 2011

open house kat rumah saya settle!!

alhamdulillah,
perancangan nak buat open house berjalan lancar semalam
tetamu2 dijemput seawal seminggu sebelum majlis
seawal jam 7 pagi saya mula memasak dibantu oleh kakak ipar saya
dan sepupu en harry iaitu zue
masak rendang, mihun putih, nasi himpit, puding dan soto
dan kak ila bermurah hari mensponser cup cake yang sedap itu, semoga Allah memurahkan rezeki akak sekeluarga..
tengok gambar makanan je eh
sebab ni jer yang sempat disnap
lepas tu henfon dah kehilangan jejak+ malas nak snap dalam keadaan orang ramai yang hamat kat dalam umah.. hahahhaha

puding ni yang cepat sekali habis
pukul 4 dah tinggal kuah je, tupun sekali kucing jilat boleh habis haha

mihun goreng, yang ni saya masak, nampak je x meriah tapi rasanya tip top!!
kehkehkeh tak boleh kalau kalau tak upkan diri sendiri hahahaha

rendang ayam, dari airtangan saya juga, pasti sedap dap dap dap, percayalah!!
wakakakakakaka

nasi himpit, beli yang segera tapi saya yang rebus okeh..
kalau dah saya yang rebus, konfem rasa dia tak larikk
motip?? kahkahkah

yang ini soto, akak ila merangkap kakak ipar saya yag masak!!
tak dapat nak ceritakan betapa mabelesnya air tangan beliau...
ke sebab rempah soto yang saya beli tu sedap eh??
nak jugakkkkkk!!! haha

disitu ada sambal kicap, bawang goreng, daun sup dan taugeh
macamlah korang tak nampak kan nak cakap satu2..
sah tuan blog dah tak berapa betul..

yang diatas ni bukan makanan okeh, ni tetamu yang fes sekali sampai
merangkap kawan lama saya di putra dulu
dia bawak member2 dia datang thanks kie sudi datang
dan gambar ni yang last lepas tu saya dah x sempat nak menyenap memandangkan sibuk melayan tetamu yang berkunjung
tetamu tak putus2 dari pukul 3. hingga 9 malam
penat tapi puas!! rata2 yang saya jemput tu datang
alhamdulillah, niat saya nak bersedekah kerana Allah tercapai juga

disini saya, en harry dan bamlom nak rakamkan jutaan terima kasih kepada kak ila sekeluarga yang sudi datang dan tolong saya masak, anak2nya yang tolong jagakan bamlom, pada along sekeluarga, pada mak mertua sekeluarga, tak lupa juga kepada tetamu yang hadir zaki n frens, kak tini sekeluarga, bang man sekeluarga, kak linda, akak azi, lin dan ayu, sharifah, ila sekeluarga, anne sekeluarga, along yang tolong akak cuci pinggan, kak ika, kawan2 en harry, jiran2 ina dan jepp, kak ani dan anak2, cik arip sekeluarga, cik jai sekeluarga, nina sekeluarga, dan semualah yang datang dan memeriahkan open house rumah saya tahun ni
insyaallah tahun depan kalau ada rezeki saya akan jemput kalian lagi..

minggu depan turn saya pula yang berkunjung beraya dirumah korang
okeh, sehingga saya update lagi,
doakan semoga saya rajin ok!!

1 ulasan:

@LeenShamsh berkata...

pandainye mummy masak..bilelah boleh dtg tgk bamlom ni.. ;)