Ahad, 7 Ogos 2011

berbuka secara berebut adalah meriah!!!

assalamualaikum,
wee huuu, semalam balik berbuka di rumah MIL
semua adek beradik en harry adalah balik!!
so bila berkumpul ramai2 memang meriah habislah,
terubat rindu dengan suasana berbuka dikampung halamanku
balik ke kota tinggi adalah disponser sepenuhnya oleh cikman bang long
beliau tengah kaya sekarang, pakse je dia tuang minyak ngan bayar tol
sesekali memaksa orang begitu memang mambahagiakan..boleh?? wakakakakka
lepas balik kerja malam sabtu tu, dah siap kemas rumah bagai, baru gerak balik
naik highway pasir gudang desaru memang cepat sampai,
sebelum jam 11.30 memang dah sedap berenak-enakan disana
sempatlah sahur sama2..

ahadnya tu, siapa ntah punya rancangan ajak ke kota tinggi,
ah sudah!! saya baju yang elok2 memang tak bawak,
stok kain batik ngan t-shirt je yang ada ni,
berkira2  nak pegi ke tak nak, 5 menit sekali pulak tu ubah keputusan
en harry dah naik juling bijik mate menjeling saya, hahahahha
 my MIL  pinjamkan baju dia pada saya
sarung je kat badan terus berfeeling umo dah 40 kan..
ah tak kisah la, bukan orang kepoh2 nak tanya pun umo kau berapa kan!!
belasah je la!! memang azab giler la pakai baju tu, dengan kain lipat pinggang 3
tudung yang besar amat, serius tak selesa, rasa nak beli baju lain je tukar..
hahahhaha,  dasar menantu tak reti bersukur!!!

pegi kipmart je pun, sempat la membeli kasut raya untuk saya
dan beli baju raya lagi untuk bamlom, bukan baju melayu la
baju basahan buat tukar2 nanti dihari raya.. 
pak ngah ajib belikan juga baju untuk bamlom
terima kasih daun keladi ye pakngah, alhamdulillah murah rezeki bamlom..
 
2 jam jugak la bersoping dalam tu, dah pegi ramai2 kan, sorang nak beli itu, sorang nak beli ini
menunggu la masing2.
dah siap menyoping, diorang nak singgah ke bazar pulak
saya memang dah kering dah nak pegi bazar
terus masuk kereta, lagipun hujan malas nak berjalan

balik rumah tu, bergotong royong memasak pula

koktel ni saya yang buat, licinn ok!!
alah cegampang aje buatnye
humban segala jenis buah yang korang berkenan, air leci, air gula pastu buh air batu
kesedapannnnn... sorga dipetang hari, hihihi
memula nak taruk susu tapi FIL tak suke pulak, kosong begini sudah..

tomyam buatan MIL, sedap, elok je masin rasanya,

tempe dan tauhu yang tak berusik

rojak asma yang dibeli di bazar ramadhan
sebesen tu harganya RM46, sponser sepenuhnya oleh iman dan abang ajib
sedap rasanya, tak rugilah beli,
masing2 duk berebut ceduk rojak ni
padahal belum masuk waktu buka pong,
tapi tu lah, kalau tak berebut tak meriah, hehehe
tapi tak habis pong, tekak kampung, macammana pon nak nasik jugak!!

yang ni paling saya suka, sambal ketuk
kak ila yang sediakan bahan saya tolong tumbuk
memang terbaek lah!
ada lagi yang tak snap
kari ikan mayung dan kuih muih serta air - mair memang kemalasan nak snap
tangan dah lenguh, kate puasa.. hahahahhaha
over over, ok abaikan itu..
 
banyak juga makanan yang tak abis,
mak pakse tapau je semuanya, dapatla sorang sikit
lepas maghrib tu, bersiap2 nak balik pasir gudang
pukul 10 sampai sini,  lepas tu sediakan bahan2 masak untuk sahur dan tidur,
masing2 dah penat,
abang long pecah rekod
tidur dalam kereta dari pukul 9
bangun sahur sama2 kul 4.30 pagi tadi, minum susu,
lepas tu sambung tido sampai kul 11 tadi
penat sangat la tu, main2 dengan sepupunya, sambil mengejar kucing
hmmm, ahad yang sunggoh happy,
3 minggu lagi baru kami balik lagi.
sekian cerita ahad..








4 ulasan:

Acik berkata...

bukan main seronok berkumpul ramai2 adik beradik (walaupun belah suami).
:)

myamyza berkata...

memang seronok la acik, dah dianggap keluarga sendiri juga,

a berkata...

perrghhh!! tempe goreng n sambal ketuk..tomyam agi..adeh..meleleh air liukkk..~=) sedap nye...

wahida berkata...

weh, apesal tak snap gambar ko pakai baju mak mertua ko? teringin aku nak tgk..

kehkeh...