Ahad, 17 Julai 2011

susahnye lah nak pakaikan beliau baju!!

aduuiii...
abang long ni kan memang susah nak pakaikan dia baju atau pampers
saya baru amik pampers dia golek kiri, baru je letak krim kat anu dia,
dia golek lagi, pastu nak pakai pampers tu tak tahu lah berapa ratus kali dia bergolek2 baru siap pakai semua..
tapi hari ni saya bungkuskan aka bedungkan dia! kasik dia x boleh gerak.. hahaha




memula duk diam2 sambil tengok camera hempon..
lepas tu...


dia meniarap...
masa ni dia sentap sebab tangan dia tak boleh nak gerak2kan...
saya baringkan dia balik dan start pakaikan pampers minyak ubat bedak segala



okeh, part 1 siap...
pakaikan baju pulak dan taruk minyak kat belakang dan kaki...



eh tanak meniarap pulak dia,
nak 'makan kaki' dulu dan nak tunjuk betis dia yang like drumstik tu!
oarang kata bila budak masuk kaki dalam mulut tandanya dia nak adik..
betul ke?? masalahnya abang long dan adik2 lagi.. hikhik

muke nak mureh ke mommy dia..
hahahahha
hari ni abang long memakai rompers bewarna biru,

lepas tu mari makan tuala!!
ape je kat depan mata dia dia amik masuk mulut...
so kain buruk selalu kene letakkan jauh2..


dah siap mandi marilah kite bersweet dream ye...
tapi dia ni mandi memang dia suka
bab nak pakai pamper tu yang lemah sikit..
susah ya amat.. tenaga dia kuat pulak tu!
kadang2 sakit perut saya duk menahan dia
bagi menan kat tangan dia baru dia duk diam...
seminit je pun pastu mula nak niarap lagi..
haih, mujur Allah bagi saya sekelumit sikap sabar itu,
kalau tidak!! kalau tidak!! ggrrrrrrrrrrrr  ggggrrrrrrrrrrrrrrr......


2 ulasan:

Makbed berkata...

waa..debabnya budak ini!!

kayzie berkata...

dia nak excercise pas mandi tu mumy, sbb tu dia berlasak2..hehe