Ahad, 5 Jun 2011

lagi buku untuk abang long!

dah habis makan kat meri bron tadi
en harry ajak pegi sakan
nak beli handewer katenyeee
sekali takde size(makaihmontotmengalahkanberuangpanda)muakakakaka
dah masuk sakan takkan tanak beli ape2 kan
saya pun ternampak buku untuk kanak2 ni
so sambar 1 untuk abang long!
 
tajuknye seperti yang tertera
best la cerita ni...
saya pulak yang terlebih teruja!
ok lah saya taip la ceritenye..
tak panjang sangat pon

begini ceritanya...
ALLAH yang maha berkuasa telah memilih seorang pemuda mulia bernama Muhammad bin Abdullah untuk menyampaikan ajaran yang benar kepada penduduk Makkah.
dengan senang hati Muhammad melakukannya. Pada mulanya beliau menyampaikannya kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Allah telah mengangkat pemuda berkenaan sebagai Nabi..Tugasnya untuk menyampaikan ajaran yang benar daripada Allah yang Maha Esa.Nabi Muhammad saw terpaksa melakukan secara rahsia kerana bimbang akan ancaman orang2 Quraisy yang kuat mengamalkan ajaran jahiliah.Lama kelamaan semakin ramai orang Makkah yang mengikuti ajaran yang disampaikan Nabi Muhammad saw.

Bagaimanapun Nabi masih melakukannya secara rahsia.Kebanyakan yang mempercayainya adalah orang orang miskin.Lebih lebih lagi hamba abdi.Mereka merasakan ajaran baru itu benar benar membela nasib mereka.
Nabi mempunyai seorang bapa saudara yang bernama Abu Lahab.Dia adelah seorang pembesar Quraisy.Dia amat berasa susah hati apabila mendapat tahu ramai penduduk Makkah telah menerima ajaran yang disampaikan oleh anak saudaranya itu.Abu Lahab merasa dirinya terancam.


"selama ini aku mempertahankan ajaran nenek moyang aku, sebab itulah diriku dimuliakan.Kalau semua penduduk Makkah mengikuti ajaran Muhammad, rosaklah masa depan aku", Abu Lahab berkata kepada dirinya sendiri.
Setelah berfikir sejenak dia membuat keputusan untuk bertindak.

Walaupun Abu Lahab berasa amat marah kepada anak saudaranya itu namun dia tidak mahu menggunakan kekerasan.Abu Lahap sedar, beberapa orang saudaranya akan membela Muhammad kalau ada orang cuba mengancamnya.Untuk menggagalkan rancangan Muhammad, Abu Lahab pergi menemui orang ramai.Dia hendak mempengaruhi mereka.

"Semua yang berada disini, dengarlah apa yang hendak saya katakan ini!" Abu Lahab bersuara lantang.

Orang ramai memberi perhatian kepada pembesar Quraisy itu.Ada yang tertanya tanya, apa yang hendak dikatakan oleh Abu Lahab kepada mereka.

"Saya hendak beritahu ajaran yang dibawa oleh Muhammad!"jelas Abu lahab."Kami dapat tahu, Muhammad membawa ajaran yang benar!" Seorang lelaki dengan beraninya bersuara.Abu Lahab merasa kurang senang mendengarkan kata kata itu. Dia cepat cepat menjawab, " kamu jangan Mudah terpedaya. Muhammad membawa agama baru yang tidak benar!"

Tidak ada yang berani menjawab.mereka bimbang kalau Abu Lahab berdendam kalau mereka membela ajaran yang disampaikan oleh nabi.

"Ingat!sesiapa saja yang mengikut ajaran Muhammad akan dapat susah!" Selepas cuba menakutkan mereka, Abu Lahab meninggalkan kumpulan orang Quraisy itu.

Orang orang Quraisy telah mempercayai ajaran nabi Muhammad, tidak mempedulikan kata -kata Abu Lahab.mereka tidak akan berpaling kepada ajaran nenek moyang yang menyesatkan..Mereka tidak boLeh takut pada ancaman Abu Lahab.


Abu Lahab mendapat tahu, seorang wanita menjadi pengikut Muhammad.Wanita itu seorang yag tekun menunaikan solat dirumahnya.Abu Lahab tersangat marah.Pada suatu hari, Abu Lahab mengintai wanita itu dari celah celah dinding rumahnya.

Abu Lahab pun menendang pintu rumah itu hingga terbuka.abu lahab menghampiri wanita itu dengan wajah bengis.Abu Lahap menghunuskan pedangnya ke arah wanita itu.Wanita itu menjerit cemas hingga tidak berkata-kata.Dia tidak menyangka perbuatannya telah dilihat oleh Abu Lahab.

"Rupanya, kamu juga pengikut ajaran Muhammad!Aku akan binasakan kamu!" Jerit Abu Lahab dengan kuat. Ketika Abu Lahab hendak menetak wanita itu, tiba - tiba dia ternampak unta yang besar hendak memijaknya. Abu Lahab berasa cemas.

Abu Lahab terasa unta itu seperti mahu mengejarnya.dengan wajah yang pucat, Abu Lahab pun melarikan diri. Abu Lahab gagal melaksanakan rancangannya.

Wanita itu kehairanan. Dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas Abu lahab..

Kejadian ganjil yang berlaku adalah tanda kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.Tuhan sentiasa melindungi orang yang telah menerima ajaran yang benar.Sejak itu, wanita itu sangat kuat beriman kepada Allah.Abu Lahab pula masih memikirkan kejadian yang berlaku atas dirinya.

pengajaran daripada cerita ini, sesiapa yang berniat jahat, terhadap orang yang sedang mencari kebenaran dalam hidup, pasti diri tidak akan terselamat.allah yang mencipta alam ini tidak meredhoi perbuatan jahat yang mereka lakukan.


p/s: semoga kite semua mendapat ilmu yang bermanfaat! insyaallah.


3 ulasan:

tuan berkata...

aku nok atek buku

wahida berkata...

saya kalau abang mintak nak beli buku, saya beli la tapi bacanya sekejap je, pas tu terus simpan buat pekasam...huhu...

myamyza berkata...

@ tuan... mum nok mai la aku v buleh sepuloh.. hahahha

@ kak wahida.. kite beli kite yang bacekan untuk dia.. the heee...