Jumaat, 6 Mei 2011

HIJAB CINTA BY S RAFIDAH H BASRI

semalam rehat kebetulan en harry nak pegi maybank
saye pun kegedikan nak ikot jugak
ikut ade makne sebenarnya..
maybank pusat bandar tu dekat ngan pustaka ARRIS
so saya pun nak menambah koleksi buku2 saya lah
masuk2 je nampak 4 bijik buku ni elok tersusun kat rak


tangan ni dah gatal  gigil gigil; dah nak cekau sebijik
tapi mengenangkan kawan sepupu saya dah tolong belikan
kat pesta buku antarabangsa hari tu
terpaksa menahan kesabaran untuk memiliki buku tersebut...
insyaallah kalau tiada aral minggu depan lah tangan ini akan memegang
dan memilliki koleksi tersebut!! 

pastu sambil duk usha buku2 lain
tak ade yang menarik minat saya
semua cerita cinta..
saya dah tak berapa minat nak melayan cerite cinta yang kejiwangan...
dan akhirnya tangan ni capai buku ini


cerita cinta juga tapi
lebih kepada cinta kepada ALLAH...
itulah yang dicari sekarang......

sinopsisnya lebih kurang begini

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?
Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya.

 jujurnya belum boleh buat ulasan lagi
sebab saya hanya baru baca suku je...
tapii intronye sedikit boring lah..
ni nak sambung baca lagi ni..
kalau best nanti saya bilang..ya...

4 ulasan:

s rafidah h basri berkata...

Puan,terima kasih sudi membaca novel saya.Komentar puan mengenai intro novel ini akan saya ambil sebagai kritikan membina.:)

myamyza berkata...

oh penulis novel bace blog saye! terime kasih.. maaf lah kalau tulisan saya menyebabkan puan penulis terguris ke ataupun terase hati.. tapi endingnya best...

S Rafidah H Basri berkata...

Tidak mengapa puan. Kritikan kadangkala boleh membuatkan kita menjadi lebih baik. Saya lebih sukakan respon begitu. Semoga puan rasa berbaloi memilikinya. Ia percubaan pertama saya menulis novel cinta islami. Apapun, terima kasih sudi membacanya. :)

Sila bertandang ke Fb saya. www.facebook/s rafidah H basri.

Tanpa Nama berkata...

salam pada empunya blog ini. saya adalah adik kepada s rafidah h basri penulis buku hijab cinta. terima kasih kerana membaca buku kakak saya. ingin di maklumkan bahawa pada tanggal 20hb jun 2012 kakak saya s rafidah h basri telah kembali ke rahmatullah akibat paru2 di jangkiti kuman. apapun terima kasih kerana beri sokongan pada buku Hijab Cinta karya terakhir beliau. wassalam