Khamis, 20 Februari 2014

TRAGEDI 20 FEBRUARY 2014, MOMMY SERIK!

salam jumaat to all readers, 
nak cerita pasal semalam yang membuatkan naluri keibuan mommy terusik lagi, sebak dan sedih..
balik keje dah 9 lebih, badan sakit macam kene cucuk jarum
dah cakap ngan en harry harry, balik nanti nak minta tolong dia urutkan
biar lega sikit, tapi sakitnya melampau2 pulak..
sampai kat umah pengasuh bamlom, tanya dia, kalau ada tahu memana ada tukang urut yang best, so dia suggestkan satu akak ni, amik no talipon dan teruss booking nak urut dan tu jugak.
daddy tinggalkan mommy sekejap kat umah maklong untuk jumpa kawan dia
sambil berbual ngan maklong tu, maklong cakap tadi bamlom ada cakap ngan dia yang bamlom masukkan cebisan pemadam ke dalam hidung
bila ditanya2 bamlom cakap benda tu dah takde
mommy cuba suluh pakai phone mommy tapi tak nampak
dan syak memang takde la kan
sebab dia takde tanda2 macam susah nak bernapas ke apa.

lepas tu balik umah, makan dan pegi urut badan..
siap urut dah 11.30 lebih macam tu
balik salin baju dan nak tido, mommy tengok bamlom gosok2 hidung dia belah kanan
pastu mommy teringat yang bamlom ada masukkan pemadam hidung dia
cakap ngan daddy, 
pastu daddy cuba suluh pakai lampu picit
OMG, ada ok benda tu, dah terkedalam rongga hidung sana
memula daddy nak cungkil sendiri je, mommy tegah, mommy tak berani, mommy ngeri, mommy kesian, nanti anak sakit cemana???
nanti hidung darah macammana??
biasalah mak2 paranoid lebih,, decide je bawak gi hospital waqaf dulu
tunggu dekat setengah jam kat sana, hospital waqaf cakap tak boleh buat, takde alat, sebab dah kedalam sangat pemadam tu, suruh kami pegi sepital sultan ismail pulak
hmmmm,, lets go!

lebih kurang pukul 1 pagi sampai sepital, tempat emergency macam ada kenduri kawen ok! ramai gila orang
sepital kerajaan, doctor pon ada sorang je, kena la tunggu berjam2 baru sampai giliran
pukul 3 pagi baru panggil masuk bilik
tu pon selepas daddy pegi tanya, lama lagi ke? lama lagi ke?
hoih la,, itu la yang aku menyampah kalo pegi hospital
nak tunggu giliran sampai memang hazabbb!!

masa memula bamlom masuk rilek je,
bagi je orang tengok, suluh hidung dia semua,
sebab mommy pujuk nanti esok nak pegi main layang2..
hahahha,, so, dia pon hepi and gelak2 lagi
pembantu sepital yang buat, ke orang panggil apa idok la ku tau
pastu dia pon nak buang la benda tu dlm hidung bamlom pakai alat besi yang bengkok dihujung.
belum masuk hidung lagi bamlom dah meraung2 cakap sakit
2-3 kali percubaan tak berjaya, sampai benda tu hilang tak nampak lagi
pastu diorang suruh tunggu kat luar nanti kene jumpa doctor 
tengok apa doctor cakap
tunggu lagi kat luar selama sejam baru kena panggil lagi
bamlom dah takut, asik la duk ngajak balik
langsung tak tidur budak tu takut orang ngerjakan dia tanpa dia sedar
haishhh!!
so, doctor suluh tu, nampak ada lagi, 
so doctor suruh cuba sekali lagi
kali ni dengan bersungguh2 buat, 4 orang kerjakan bamlom yang meronta
last2 keluar jugak pemadam bulat tu
luka sikit la hidung bamlom,
tapi keluar pon terus masuk mulut dan selamat kena telan ngan budak tu
haih laaa,,, harapnya keluar la melalui najis nanti
kul 4.30 baru siap dan boleh balik,
doc pesan kalau dia ada masalah pernafasan ke apa, suruh cepat2 pegi sepital balik
sampai rumah jam 5 pagi, terus tumbang semua
mommy serik betul kalo kene kes cenggini
mula la pikir benda tak elok
sekarang kepala ting tong dan nak balik tido barang sejam dua..
daaaa





Tiada ulasan: