Jumaat, 6 Mei 2011

mee cik jeling alias ,mee sizzling aka mee masuk cendawan.....

huiiiiiiiii
wahaaaaaa
waaaaaaaaaaa
hari ni nak berlagak chef pulak(chef myza)
tak boleh cari makan la chep wan lepas ni.. wakakakakakaka
banyak betol name bagi mee sizzling ni ye
yang betulnye mee sizzling lah
yang dua lagi tu saye tambah sendiri ...
wakakakaka.. sedapkan namanye....
ok abaikan abaikannnn...

hari tu ada yang bertanyakan resipi ni
so sini saya sharekan ye resepinye..

bahan-bahannya ialah
1.bawang merah 3 biji(tapi saya pakai 2 ulas bawang merah yang besar sbb saya suka bawang)*
2.4 ulas bawang putih*
3.5 biji cili kering*
4.beberapa biji cili padi---optional---kalau nak pedass..
4.sedikit sayur sayuran(ikut sukelah nak taruk bunga kubis ke brokoli ke carrot ke etc etc)
5.sedikit lada hitam ditumbuk
6.sos tiram, sos cili, sos tomato,kicap cair, kicap pekat 
7.2 sudu tepung jagung (boleh tambah kalau nak lebih pekat)bancuh dengan segelas air sejuk.
8.sedikit minyak bijan
                            9.cendawan shitake(direndam dalam air dulu sehingga lembut)dan potong kecil2..


caranya..
1.barang yang bertanda * dihiris..
2.tumis bahan bahan yang bertanda tadi sehingga naik bau
3.agak2 dah berpuas hati dengan tumisan tadi boleh masukkan segala jenis sos ye
( sos terpulang pada korang nak letak banyak mana..kalau korang suke sos tiram letaklah lebih sikit sos tiram atau yang lain2 nye)tapi saya lebihkan kicap manis sbb saya suke masakan yang sedikit manis..
4.bahan2 yang dimasukkan tadi gaul sebati dengan bahan tumisan tersebut
4.masukkan lada hitam yang ditumbukl
5.bila dah agak sebati masukkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih
 
sementera itu, untuk mee boleh gunakan pelbagai la
yang pertama kali buat tu saya guna yee mee
tapi disebabkan saya paksa en suami
yang tolong rebus mee tu jadinye sedikit lembik sebab lama sangat direbusss(angin betul guwe)
lepas tu dah rasa tak sedap kan
kali kedua buat saya pakai spagheti mee dan mee lidi
dan percubaan tersebut berjaya!!!
mee itu direbus dulu ye.. jangan lama sangat.. agak2 tekan dengan boleh putus 
dah boleh angkat dan toskan..
 
kuahnya tadi bila dan mendidih bolehlah masukkan cendawan dan sayuran juga cili padi
agak2 masak boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi....
biarkan lagi dia mendidih sehingga mencapai darjah kepekatan yang disukai
dan bolehlah ditambah sedikit garam dan penambah perisa
boleh taruk gula kalau mahu ye!!
dah menepati piawaian rasa lidah korang bolehlah dijirus(jiruss kooo)
atas mee tadi.. sedia untuk dilahap..
bismillah...

tipsss(wah nak lawan kak vagg ke nak bertips tipss...)
jangan gaulkan mee tersebut dengan kuah didalam kuali
sebab mee mee tersebut akan cepat kembang..
so kalau mee kembang adelah memualkan...
kalau makan ramai2 agak2 sekali lahap habis boleh la...
tapi kalau maacam saya ngan suami ni makan berdua je agak2 esok nak makan lagi tinggal panaskan je..
so tak membazir.. i dun like syetan so i tak mahu membazir!!!!
tips yang kedua
bila dah habis makan sila basuh segala kuali kuala, pinggan mangkok,
gelas gelasan dan lap dapur anda sekali ye
barulah dah makan basuh pinggan hati kenyang!!
hehe

ade sape2 nak makan mee cik jeling x??
datang pasir gudang dan saya akan buatkan spesial untuk anda....
sile percaye dengan kerajinan saya.

pesanan dari tukang masak.. sesape yang bace resipi ni sila buat ye sebab ianya sangat senang
seperti memetik jari sahaja
dan kesedapannya sehingga lickin good!
vavaaiiiii...











Tiada ulasan: