Salam
hi olss
ya ampunnn...
lama kebenor dah tak update blog ni kan
almost 4 months
huih..
masa memang tak tunggu kita kan
berlalu dengan cepatnya
tapi, hidup mak hencik ni takde apa yang menarik nak hapdet selalu
bukan lah mak hencik ada pegi bercuti kesana sini
atau pon beli barang mahal itu ini'tidok ye
kalo setakat bangun pagi masak, tengahari keje balik malam tido
takdenya nak meraban rajin benor nak tulis kat sini
tapi kalau lama2 tak membebel rindu juga kan..
so, now i'm back
but tak tahu la berapa lama mood rajin ni melanda
maybe esok2 padam la
hakhakhak
last week bujang kesayangan mak hencik dah berkhitan
kat klinik dr abdullah jalan betik
guna teknik clamp
bayaran rm180 je
ok la kan, sebab bujang mak hencik ni dah dipersiapkan mental dia awal2 nak sunat
pagi tu mommy pon buat la pulut kuning rendang ayam, bg dia makan
tu tokwan dia yang pesan suruh buat..
ikut aje lah, pesan orang2 tua..
so masa pegi tu dia sikit pon tak takut
masuk bilik doctor relax je ketawa2 ngan doktor
docto pon terkejut, sebab abang2 11-12 tahun kena bius je dah nangis
so, doctor puji2 dia..
siap khitan tu, sempat lagi dia ajak g beli mainan kat kedai 2 ringgit
layankan je la..
lepas tu balik ke lok heng
memang dah kawtim dengan tok mak, kalau bamlom sunat memang minta tokmak tolong jagakan..
mommy kan kerja, lagi2 boss bukak cawangan baru ni kan
memang takleh la mak hencik nak cuti panjang2..
dapat satu hari pon dah bersyukur sangat dah..
hari memula tu dia sakit sekejap je, sebab dah hilang ubat bius tu kan
habis ubat bius tu dia pegi bantai main2 ngan sepupu2 dia
tak duduk diam langsung
pastu taknak pakai kain pelikat pon, bantai pakai seluar je
tapi nasib baik la dia tak meragam tido malam tu
nak kencing je azab sikit
hari pertama dan kedua je
masuk hari ketiga dah ok.. tak sakit lagi..
alhamdulillah, sempurna sudah khitan bujang nan seorang tu
yang baby ratna pulak dah masuk setahun 5 bulan
pre bercakap
kalau dia diam je mommy panggil adikkk!! oo adik!! adik kat mana?
nanti dengar je dia jawab.. "aperrrrrrrrrrrrrrrr!!"
gangster sangat jawapan ko kan..
hoih, budak kecik ni memang tak makan saman ok
dia tak cengeng macam abang dia
dia jenis hati kental punya
kalau dia buat salah then kita marah, muka dia buat dekk je, bukan la nak cebik2 menangis..
dia nangis time lapar dan nak tido je,,
pastu time mommy masak pon dia suka melalak,
nak suruh dukong dia, sambil masak, nak tengok orang masak apa atas dapo
pangggg sekali tau la dia tu..
tapi tak sampai hati la nak pang, sebab dia suka buat perangai comel2..
lagi sayang ade laa..
hihi..
ok la uolss
dah nak maghrib
sambung nanti kalau ada masa
semoga Allah izin
assalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan