Selasa, 11 Mac 2014

DALAM EPISOD TERINGIN!

mengandung dan mengidam memang tak dapat dipisahkan..
mengandung yang nombor 2 ni banyak pulak mahu makannya..
masa memula ngandung hari tu nak makan sayur siput sidut
bukan siput jual kat kedai tu ye, tapi siput kat dalam sawah maa ku!
dapat makan ni masa balik kg, chinese new year itu hari...
maa pon pegi la kutip, dapat la semangkuk buat masak lemak daun kaduk.
masa tu padi semua pon dah racun, maa bimbang jugak takut mati anaknya yang mengidam pelik ni, beria jugak la rendam ngan air kelapa
nasib la diizinkan hidup sampai ke hari ni..


pastu nak makan pulak, nasik himpit daun pisang
nasi himpit ni selalunya maa buat time raya je uoll
specialnya sebab dibungkus dalam daun pisang, 
dan pisang tertentu sahaja, bukan daun pisang hentam kromo..
bau dia memang wangi sangat, dan sedapp sangat
bergaul dengan kasih dan sayang ibu, mana nak dapat tanding beli kat kedai kan..



oh sedap, tengok ni teringin lagi, kalau ada rezeki bulan may nanti nak balik kg lagi..

pastu nak makan buah kundang, yang agak susah nak cari bila bukan musim
dah berbulan jugak ku cari2..
last2 kak iparku kata, kat kipmart tampoi ada jual
deras2 ajak laki pegi
rezekiku jugakk,,
ada setempat kedai buah yang jual
sekilo rm25


beli sekilo setengah
tapi buahnya tidak memenuhi piawaian tekak
manis semacam buah mempelam, dari thailand buahnya..
daku nak yang masam2 sikit..
nak buah kundang yang serupa dengan buah kundang katkampung yang selalu ku makan masa kecil2 dahulu..
ahhh,, tak berbuah pulak sekarang pokok tu!
tengok la, hari minggu ni nanti perancangannya, nak pegi kota tinggi pulak cari kundang kampung..

yang ini paling selalu nak makan
terasa2 kat tekak..

kfc cheezy wedges
bulan ni je dah makan 4 bekas
sorang2 hadap pulak tu
hari ni rasa nak makan lagi,
ada kang rehat jap lagi ajak laki pegi tapau
ayam ke apa tu daku memang tak hingin,, ini aje yang kugilakan
rasanya ni bukan mengidam lagi,
tapi lebih kepada napsu membesarkan tembolok!!
keh keh keh4





Tiada ulasan: