Isnin, 16 Disember 2013

PAKCIK OH PAKCIK!

Salam 
hari ni nak bercerita tentang ragam kastemer...
tengahari tadi, ku duduk diceruk meja, mendiamkan diri
sebab pening kepala dan muntah2
sindrom ibu mengandung
pastu datanglah palcik ni suami isteri
duduk depanku, dan berkata
"dik nak bayar roadtax insurans, tolong kirakan berapa?
grant motor ada pakcik?
"mana ada grant? engko tak kasik aku grant lagi,, kalo ada grant tak ingin aku nak nak datang sini jumpa ngko!
(bengkek) tak ada grant? belum habis bayar motor lagi la ni?
"iya"
 
malas nak cerita banyak ku kirakan untuk dia 1st party insurans
dapat la harga rm2++.00 macam tu
"kenapa mahal sangat? apa yang ko kira? ko senaraikan satu2 bg aku tengok, entah apa yang ko kira banyak sangat ni!!"

ok ku ambil kertas dan senaraikan, 
siap tolak ncb semua kasi dia,  pastu tak puas hati lagi

" ngko keje ngan cina otak kau pandai putar belit ye? (tuduh ai)
berapa cina tu kasik gaji ngko?
dia untung banyak, engko gaji ciput aje

ye ku naik angin juga, ini bukan keje ngan cina atau tak, ini rezeki masing2..
kalo keje ngan pakcik pakcik nak bagi saya gaji berapa ribu? bonus ada?
ada toleransi ke? kalo anak saya sakit ke apa senang ke nak bagi cuti?
tapi tak la ku jawab macam tu, aku tak nak dicop sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak menghormati orang tua, tidak mengapalah, lagi pon pakcik sudah tua, kalo saya menjawab lebih2 sama seperti saya berkurang ajar kepada orang tua saya sendiri. biarlah asalkan pakcik bahagia..

tapi kujawab begini...
"pakcik, saya tak paksa pakcik buat kat sini, kalau pakcik nak buat roadtax insurans kat tempat lain, dipersilakan, saya boleh bagi pakcik grant fotostat, nanti saya tolong pakcik buat r/t sahaja, saya ni cuma bekerja pakcik, janganlah marah saya...

lepas tu dia dah ok, tak marah2 lagi, terus keluarkan duit bayar dan cakap elok2 dengan guwe! hmmmm,, pakcik oh pakcik.




Tiada ulasan: