Jumaat, 22 November 2013

HUJAN 22 NOVEMBER.

Alhamdulillah
masih diberi nafas untuk merasa nikmat hujan yang sejuk dan dingin
lebat betul hujan kat luar
hari ni dah kali kedua ni hujan
tadi dah hujan sekali dalam waktu zuhur
tapi tak melebat macam sekarang, 
hujan jumaat yang barakah
melalui pembacaan saya yang entah bila dan dimana, waktu hujan adalah waktu terbaik untuk berdoa
dimana berkemungkinan tinggi doa  kita akan dimakbulkan
jadi mari berdoa semua..
 
Ya Allah
tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang
ampunilah segala dosa2ku
dosa2 suamiku, dosa kedua ibu dan bapaku
dosa kedua ibu dan bapa mertuaku...
ampunilah dosa anak2ku,
adik beradikku, guru2ku, sahabat handaiku, seluruh ahli keluargaku, 
serta ampunilah dosa seluruh umat islan didunia ini
tunjukilah kami jalan yang benar, jalan yang lurus dan jalan yang diredhoi oleh Mu...

Ya Allah tuhan yang maha kaya..
permudahkanlah segala urusan kami
berikanlah kami kesenangan dan kebahagiaan didunia Mu dan diakhiratmu Ya Allah
lapangkanlah rezekimu untuk kami, 
bebaskanlah kami daripada belenggu hutang piutang ya allah
sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganmu Ya Allah.

Ya Allah, tuhanku yang maha mengetahui..
jadikanlah kami dan keturunan kami hambamu yang tidak pernah meninggalkan solat
kurniakanlah kepada kami anak anak yang soleh lagi solehah
kurniakanlah kepada kami anak2 syurga
kurniakanlah kepada kami anak2 yang mentaati mu ya allah
mendengar kata kedua orang tuanya, cerdik dan pintar
jauhkanlah dan lindungilah anak2 kami daripada berbuat dosa2 besar ya allah..
ampunilah kami semua ya allah

Ya, Allah tuhanku yang maha benar
ampunilah dosa kedua ibu dan bapa kami
serta sayangilah mereka berdua sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami masih kecil Ya Allah
berikan lah syurgamu yang terbaik buat mereka berdua tanpa hisab
jauhkanlah daripada mereka azab seksa kubur dan azab siksa api nerakamu
amin ya rabbal alamin.






Tiada ulasan: