Isnin, 14 Oktober 2013

BUCIDA GARDEN STEAMBOAT!

assalamualaikum
semua dah sampai kampung ke?
seronoknya korang.. daku masih lagi disini, kat tempat kerja
siapa nak beli motor? lai lai laiiiiiiii
malam ni baru gerak balik felda lok heng
adik badik en somi yang lain semua dah sampai petang ni kot, kami je la yang lambat.. takpe le,, janji balik kan..

last satuday kami(bos and staff) pegi makan steamboat kat seri alam
en boss la yang beria, suruh ai gugel, carik mana steamboat sedap dan dekat
kalau namanya steamboat, sama je kot semua, ke lain?
daku pon kalau dengar bab makan free laju aje la cari, makan free kan, mana la nak tolak, 
then jumpalah satu tempat ni, kat seri alam
namanya,, BUCIDA GARDEN STEAMBOAT
ownernya melayu dan semestinya halal ye
sebelum pegi daku call dulu untuk kepastian sama ada halal/haram
dan yang menjawab talipon tu siap bagi salam ngan daku,, 
halal la tu kan, so, lets...

semua pon pentamak haloba, semua nak dibedall
hahahahha
en bos dah warning awal2 kalau yang tak habis, dia taknak bayar, dia panggil kitorang bayar, sapa suruh tamak sangat, sampai drumstik pon nak amik,, aptb
tapi ajaibnya habis ok semua, dasar perut stok majlis daerah kan..
siap pegi tambah tu.. gilosss



memang best and happening
kami lepak sana dekat 3 jam
memang best sangat.. lenkali nak pegi lagi
layanan dan makanan semua ku kasik 4 bintang la
satu kepala  DEWASA rm20 including air semua KANAK2 RM10, makan la sampai merangkak balik, semua pon 20 je, jangan tak habis sudah la, kang yang habis tu akan dikira 2x ganda kot,, gitu..

so sesapa yang teringin nak makan sini alamat dia  ye
BUCIDA GARDEN STEAMBOAT
JALAN SURIA 6
BANDAR SERI ALAM
81750 masai johor

cubalah, pasti berbaloi...
daaaaa





1 ulasan:

QUEEN of Heart berkata...

sedapnyaa, nak try jgk la ;)