Selasa, 30 Julai 2013

CERITA CERITU!


salam uolssss
eh dah dekat benau nak raya ni kan
hikhikhik,, tak sabo nak balik kampung
cemana ngan puasa korang?? ok ke tidokkkk??
ku masa memula pose hari tu boleh tahan la pedih perut,,
tapi sekarang ni rasa hari2 nak puasa,, tak lapar langsung kan.. over gilaaa.. muahahahaa
beratku pon dah kurang hampir 2kg,, sukeee,,, perut kempis sedikit daripada biasa,, hekhekhek

hari ni ntah kenapa rasa ada sesuatu yang menggangu,, tapi ku tak tahu apa!
risau dan bimbang pada sesuatu benda yang kita tak tau.. korang pernah tak rasa macam ni??
pastu hari ni mood kelaut la,, rasa nak diam je sepanjang hari,, n taknak bercakap ngan sesapa... ngengada kan.. lempang tau la!! dah la keje sini macam pusat pertanyaan.. kastemer datang tanya itu tanya ini mana la ku boleh diam
tapi mood ku tidak sehepi n seceria biasa..
oh cepatlah berlalu hari rabu,,,
mungkin mood cuti sudah mari kan,,
tahun ni kene kerja sampai last puasa
nasib la beraya kat kota aje,,
kalo beraya kat terengganu,, lantaklah kau kan!! awal2 ku sudah balik.. huhu
takpe,, semoga seribu hikmah tersembunyi sedang menanti..
weee....

persiapan raya hampir siap 90%
kereta dah siap servis,, duit raya pon dah siap tukar.
baju raya,, kasut pon dah beli
tinggal beli jeans en harry n tudung ku saje
kejap je tu,, ahad ni sesambil hantar teh bamlom ke larkin naik bas,, kita singgah lah soping yang mana tak cukup tu kan..
oh bab soping memang perempuan ni suka!!
hilang stress mak...


bamlom pulak sejak dah pandai main bunga api ni asik la nak mintak beli
balik keje dedi la yang melayan dia main bunga api kat luar
habis berasap satu rumah
bamlom ni ngengada tau,, sebelom ni elok je cakap tak gagap
sekarang ni macam dibuat2 pulak gagap tu
entah sape lah yang diikutnya

contohnya.. 
mi,, nak be be be be beli bunga api boleh tak?
geram pulak rasa hatiku ini..
sebelum ni elok je dia cakap betul, terang dan jelas,, tak ada lah tergagap2 macam tu
baru 2 hari ni je dia perangai macam tu.. huhu

sepanjang ramadhan ni,, 3x bos belanja makan
ke,, kali keempat?? lupeee...
dia sendiri yang pegi beli kat bazar
hari tu dia cakap nak belanja berbuka makan kat kedai
tapi sungguh la tak ada masa
malam je kedai dah start sibuk macam ape
so,, takleh la nak tutup awal kan..
tapi,, dia beli jugak kat bazar,, belanja sikit2 katanya... haha,, comel je
apepon,, thank u very much
badanku letih gila bulan ni
balik keje badan rasa menggigil n lemah tak bermaya
(tapi disebalik itu,, komisen bulan ni memang kaw2 punya..)
syukur, rezeki syawal..
balik raya ni nak pegi urut kat kampung
dalam perut pon rasa sakit semacam je
mungkin jugak ku tak jaga makan
kata semua benda pon nak bedal kan..
hambik la kau!! huhu

ok,, till then,,
sehingga saya update lagi..
bai dan salam aidilfitri,,
maaf zahir dan batin.

 




Tiada ulasan: