Rabu, 6 Mac 2013

CINTA CINTA HATIKU DEMAM!

memula bamlom yang demam dulu
tak la demam teruk,  cuma demam selsema
berjangkit dengan anak2 pengasuh
malam tak berapa nak buleh tido sebab hidung tak boleh sedut oksigen dengan betul
tersekat,, memalam kalau dia rasa macam tu, cecepat dia kejut mommy, pastu tunjukkan hidung tanda dia kurang selesa
apa yang mommy boleh bantu dengan segera adalah dengan menyapukan kunyit yang dicampurkan dengan sedikit minyak ke hidung dia.. petua orang lama
boleh lah dio tido lena sikit lepas tu
takpun mommy amik sikit minyak mestika, dan kipas2kan baunya ke hidung bamlom
bukan taknak bawak ke klinik, tapi nanti kalau pegi mesti kene sedut gas nebulizer tu kan.. tak nak la selalu dia kene macam tu,, sebab saya rasa benda macam tu tak berapa bagus untuk jangka masa panjang...
hampir 2 minggu sudah, hidung sumbat memang dah takde,, cuma bab sok sek sok sek tu yang masih belum hilang... kejap2 kene sapu hidung dia,, hingus aik keluar aje,, lambat sapu dia sapu sendiri pakai tangan,, pepaham je la kalo dia sapu sendiri... poreng moreng habis la baby face dia tu... hahahahahha

lepas tu mommy pulak seakan mahu demam,, tapi mommy cecepat la makan panadol actifast 2 biji,, kalo mommy yang tumbang nanti kesian la kat daddy ngan bamlom... hihi
semalam daddy pulak yang berjangkit
hidungnya dah merah2 dan berair
dahlah tengah banyak keje sekarang...
tadi pagi, minta mommy picitkan kepala,, sakit sangat katanya
pastu dia cakap ''abang rasa nak cuti je hari ni yang''
mommy suruh dia bangun mandi dulu, kalo agak sakit sangat mintak cuti aje lah
tapi lepas mandi dia cakap ok sikit...
harap ok la sampai ke malam,, kedai memang tengah sibuk sekarang
mommy yang kat dalam pon, tiba malam memang tak cukup tangan
sampai rumah memang seakan mahu pengsan
nasib baik ada 'teh' bamlom
boleh la dia tolong mana yang patut
ringan sikit beban kerja rumah...
ok dah tu je
till then...
 





Tiada ulasan: