Isnin, 18 Februari 2013

MERAGAM MALAM!

dah agak lama juga bamlom tak bangun tetengah pagi buta menangis beria
masa balik kampung hari tu malam kedua dia tak boleh tido
mungkin banyak nyamuk duk gigit dia
lepas tu malam tadi meragam lagi
memula nak susu, mommy dah bangun buatkan dia susu suam2 sebotol
habis tak berbaki
lena sekejap je, pastu sambung menangis lagi
bila ditanya nak ape, nak dedi katanya
mommy pon letak la bamlom kat dedi, nangis jugak
mommy biarkan aje, untuk beberapa ketika, ingatkan bila tak layan dia diam, rupanya makin menjadi2.. dah gaya macam2 tak jalan,, dokong taknak, garu betis tak nak,, nyanyi2 pon tak mahu juge dia...
kesabaran pon tinggal sikit lagi nak habis.. aduuyaiiii...
lepas tu ugut dia

mommy: bamlom sudah diam!! kalau nangis lagi mommy letak dalam toilet!
bamlom: menangis semakin kuat dan tendang2 mommy
mommy:mommy kira sampai 3, tak berenti siap!!
bamlom: lagi kuat suara dari tadi

mommy pon apa lagi, agak naik hantu juga,, amik dia letak kat toilet tutup lampu
meraung2 la dalam tu sekejap
tapi hati mak kan, lama mana la nak berkeras ngan anak
tak sampai hati pula dia duk meraung2 macam tu
keluarkan dia, laju2 dia carik dedi dia, mintak dedi dia peluk
pastu terus diam tak berani nak menangis lagi..
tau pon takut!!!

pagi ni kemain pukul 8 dah bangun
kejutkan dedi suruh basuh yak2 dia
pastu dah mandi wangi2 dan nak pakai baju smart2,, mintak dedi bawak dia gi kedai
takdenye mommy nak kasi,, asik nak beli 'lerler' je
pastu duk la batuk2...
masa mommy bersiap nak datang keje tadi, dia dah agak meroyan nak tido
agaknye dah tido la ni kot,,,
mommy pon ngantuk jugak, letak tangan melayari mimpi atas meja ni aci takkk?? haha
till then..







Tiada ulasan: