Ahad, 27 Januari 2013

WEEKEND!

semalam memang 1 hari tak kemana
duk terperuk je dalam umah
mood memasak pon kelaut....
pagi bangun jam 11... pegi bacang tapau naik kerabu depan petronas
sedappppp sangatt!! murah pulak tu
nasik kerabu yang makan kenyang sampai petang harganya rm3.50 sahaja
lauk ayam gulai,, bamlom belikan laksam je,, pon sedap nak mampus!!
boleh repeat, repeat dan repeat lagi la selepas ni
kat bacang tu ada 2 gerai jual nasik kerabu yang sangat sedap dan portionnya besar
1 gerai depan petronas, sebelah gerai air tebu.... 1 gerai lagi betul2 depan guardian
dua2 milik orang kelate... kalo korang duk dekat2 sini bolehlah cuba ye.. memang takkan nyesal.. hehe
 
yang ini tapau kat kota masai ni je minggu lepas, tak sesedap yang kat bacang tu, lupa nak amik gambar sebab dah lapar sangat.. heee..

dah siap makan ape semua, basuh jemur dan lipat kain baju..
pfff... segunung  hasil longgokan seminggu!
sampai sakit pinggang lipat kain.. over sangat...
1 jam setengah ada rasanya... huh!!
aktiviti seterusnya adalah memanjakan dan menghabiskan masa berkualitas dengan anak bujang.. hari ahad je la hari perangai dia nak mengada kuasa 16 kan...
 
 
 
 

petang panggil en suami pegi tapau laksa penang kaw
tak jual pulak semalam,, makan la mee celup,, tak sedap!!!
lepas tu tido sampai jam 5..
bangun dan kemaskan pokok2 lada kat luar
pastu ajak en suami pegi cari tanah kat kebun sawit
ingat nak beli lagi benih sawi ke tomato ke...
berbakti pada tanah mesti dapat hasil kan.. heee

lepas maghrib keluar belanja barang2 dapo dan susu pampers anak
balik tu, tidokan bamlom jap and masak didapor
try goreng ikan lampam pekasam yang buat minggu lepas tu
ya Allah sedapnya... makan lauk tu je pon malam tadi 2-3 kali tambah nasik..
pastu siang lauk2 mentah, kopek bawang potong sayur semua hampir jam 12 baru siap..
adehh penat acik...
pastu tidooooooo.... zzzzz
 
sekian cerita ceriti ahad!




Tiada ulasan: