Isnin, 21 Januari 2013

MARI MEMASAK: SIAKAP STIM LIMAU!

Salam selasa olsssss
segmen mari memasak kembali lagi
masak stim siakap ni masa balik umah mertua ahad lepas
beli kat kipmart 4 ekor rm20
size sedang2 aje la, x besar mana
disebabkan dah pakar masak steam terus x cakap banyak
on kan sajelah.. hehehe

ikan ni saya siap siang dan diperap semalamam dengan sos ikan, sos tiram sedikit serbuk lada hitam dan garam, balut2 dengan aluminium foil, masuk freezer..
esoknya baru bawak balik ke lok heng
tengahari tu baru masak
masak ni pakai bahan2 apa yang ada di dapur mak aje
 
caranya
didihkan air dalam perik kukus, bila air dah menggelegak, stimkan ikan sehingga masak.
 
untuk kuahnya
halia muda secukupnya.. saya letak banyak2..
bawang putih 6 ulas
bawang merah 5 ulas
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai 
(semua bahan2 diatas hiris ye)
2 sudu sos tiram
6 biji limau kasturi diambil jusnya
sedikit kicap maggi cukup rasa
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air..
 
caranya
1.ambil setengah cawan air, didihkan
2.masukkan bahan2 hiris
3.biarkan menggelegak
4.masukkan sos tiram dan kicap cukup rasa
5.masukkan jus limau, kalau belum cukup masam sila tambah lagi limaunya
6.masukkan tepung jagung dan perasakan...
bila dah pekat bolehlah dicurahkan diatas ikan stim tadi
siap........
senang aje kan... simple dan berkhasiat
 
selamat mencuba...............
 
 
 





Tiada ulasan: