Isnin, 7 Januari 2013

MARI MEMASAK: AYAM PERCIK ISTIMEWA!

segmen mari memasak kembali lagi
kali ni nak share satu resepi yang sangat digemari oleh tuan rumah merangkap tuan blog ini..
sukee sangat makan percik tapi adalah malas dan jarang sekali buatnya...hihihi
so semalam ada ayam and bahan santan semua cukup marilah sesekali buat ayam percik

itu dia ayam percik saya, semalam dah post kat fesbuk dan ramai juga yang like!
pasti berkeroncong perut2 mereka yang like tu kanss...
ok terus kepada resipinya ya..

1 ekor ayam dibelah 4 dan ambil bahagian peha(bersihkan)
lulur garam kunyit dan terus bakar sehingga separuh masak
oven suhu 200darjah dan api atas bawah

bahan tumis
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
seinci halia(sy letak lebih sebab memang suka halia)
2 batang serai
2-3 sudu cili kering
sedikit santan pekat
1 keping asam
garam dan gula secukup rasa..
2 sudu minyak

caranya
panaskan minyak, tumiskan bawang, halia dan cili kering
tumis hingga masak dan naik minyak
masukkan santan, santan tu mesti dikacau tanpa henti sehingga menggelegak
masukkan asam keping dan serai
last sekali perasakan dan biarkan sedikit pekat
seeloknya dilebihkan gula untuk rasa manis  yang kawww...
tp ikut selera korang la, lain orang lain suka masin manisnya kan...

kuah tumis yang dan masak tadi, disimbah diatas ayam bakar, biarkan sekejap
balikkan ayam dan letak lagi tumis santan lagi
lakukan berulang kali biar kesemuanya meresap masuk dalam ayam
agak2 sedikit kering boleh la diangkat...
siap!!! 

makan dengan nasik panas memang ngancemmmm..
kuah tumis tu kalau tak nak tumis dengan minyak pon takpe
just campurkan je terus semuanya, then kacau sampai pekat
ikut selera la korang la..

ok, selamat mencuba...







Tiada ulasan: