Khamis, 27 Disember 2012

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-2 BUAT PUTERAKU, CINTA HATIKU, BAMLOM!

masih segar diingatan 28 december 2010 lepas saat2 genting melahirkan bamlom
mommy menahan sakit yang tiada tara untuk mempertahankan bamlom
melahirkan bamlom, hampir 2 hari mommy sakit,  tapi jalan untuk melahirkan tak terbuka langsung. buka 2cm, tutup, buka 5 cm tutup.. nak meroyan rasanya masa tu!
sakitnya memang dah tak boleh tahan, sampai merayu2 ngan misi, bila la saya nak bersalin ni? dah sakit sangat...
sampai tak boleh nak tidur, tak boleh nak makan, tak boleh apa2 pon
hanya Allah yang tahu betapa seksanya...
dari hospital jerteh ke HUSM
ada peluang nak bersalin normal, tapi dibelah jua akhirnya
9 hari kat hospital! hampir 2 minggu dedi tak bekerja, tapi bila nampak je wajah kecil, comel dan tenang bamlom, segala sakit terbang, bagai dibawa pergi angin lalu
besarnya kesan kehadiran bamlom dihati mommydaddy
seumpama matahari yang bersinar selalu. membuai dan membungai hati..
sampailah sekarang..



ya, bamlom membesar seperti budak2 normal yang lain
masa bebinya dihabiskan dengan tido, tak susah sangat pon nak jaga dia masa beby dulu
malam menyusu pon sekali/ 2 kali, kecuali kalau bamlom sakit la...
perkembangan fizikal dan mental yang sihat
meniarap, merangkak , bertatih dan berjalan
kemudian sekarang dah pandai bercakap minta itu ini, mintak gula2
mintak basikal, mintak menan, mahu makan itu, tak mahu makan ini
dah pandai macam2 la.. rasanya baru je sekejap je, tapi dah pon masuk 2 tahun



mommy beruntung dan bahagia sangat jagi mommy pada bamlom
bahagia sangat2...

harapan mommydaddy pada bamlom agar bamlom selalu saja jadi anak kami yang soleh, baik, pintar, bertanggungjawab, taat pada Allah, taat kepada ibu bapa, sarat dengan nilai2 murni, jujur dan amanah, ketua yang adil, teladan kepada 'bakal adik2' hafiz al-quran dan hemsem serba serbi. semoga Allah selalu melindungi bamlom dalam apa juga keadaan baik susah mahupun senang.doa mommydaddy sentiasa berpanjangan dan ikhlas kerana Allah buat bamlom. insya-allah.

hadiah buat bamlom tahun ni adelah beskal
bamlom hepi sangat dapat basikal ni, masa mula2 beli kemain senyum
taknak turun, tak bagi orang sentuh pon.. hihihi
mommydaddy sengaja beli awal hadiah bamlom sebab bday bamlom kan hujung bulan
bila hujung2 bulan kan gaji dah habis.. hihihi
takpe lah, janji ape yang dihajati dah dapat...
ok bamlom, selamat hari jadi, jadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat ye...



salam sayang untuk selamanya.........
mommy+dedi
we luv u.




Tiada ulasan: