Sabtu, 11 Februari 2012

rindu nak menulis panjang2 tapi tak tahu nak tulis ape..
share kisah bamlom je lah, 
tak abis2 bamlom kan? ye lah dah anak ade sorang tu je
kalo dia dah ade adek tu buleh cerite pasal adek pulak nanti kan??
insyaallah, plan kami, bamlom dah genap 2 tahun, nak stopkan ubat2 yang diambil sekarang,


sekarang ni bamlom dah 1 tahun sebulan lebih,
sekejap je waktu berlalu kan? rasa baru je bersalinkan dia....
gigi total ada 6 batang,
4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah
sangat suka menggigit orang, kalo dia kejut orang tido pakai tangan tak berjaya,
akan digunakan senjata gigi pula, mommy yang selalu kena gigit ngan dia, huhu
dah start beruskan gigi dia jugak, saya beli yang kecik, jenis getah yang masukkan kat jari tu
tu pun bercintaaa nak gosok gigi dia,
baru je pegang kepala, dia dah paling sana, tengok sini, main gayung,
pastu bila berus gigi, dia punya melalakkk ya yampunnn!!!
mintak nyawaaa,
masuk minggu ke-2 ni dah ok sikit, dia dah boleh terima bila tiap2 pagi mommy paksa dia gosok gigi...


dia jugak paham bila kite bagi arahan
contohnya bila nak pakai baju/ seluar
tangan nak masuk kat lengan baju tu dia dah tahu, bila mommy cakap tangan masuk sini,
otometik dia tegakkan tangan nak masukkan kat lengan baju sini,
pakai seluar pon begitu juga,
kaki angkat sebelah bila disuakan seluar,
kalau dengar bunyi talipon, dia yang paling  laju  amik, pastu letak kat telinga, 
pastu dia helokan dengan bahasa dia,
bila mommy bersiap pakai tudung,
bukak pintu, laju2 jugak carik kasut dia suruh pakaikan
holloh3, pandai sunggoh la anak mommy sorang ni


ada kemajuan juga dalam lontaran berbicara
  dia kadangkala akan ikut ayat kite yang belakang sekali
contohnya, bamlom , meh mandi, pahtu dia pon ajuk 'ndii' jugak kat belakang tuh
bila sebut yeay! laju2 tepok2 tangan,
dengar muzik otometik berjoget,
pastu sekarang asik nak makan sajork
pantang nampak orang pegang pinggan, mula lah dio duk nakk, nakkk
pandai sebut perkataan uwe= dua
dia memang cepat belajar,
kadang2 bila mommy ajar dia kira 123 or abc atau alif ba ta
dia tak la bagi perhatian sangat,
tapi bila kite ulang balik sebut kadang2 dia buleh ingat apa yang diajar tuh,

melasakk memang dia punya hobi sekarang
kalau pegi mana2 jenuh la nak mengejar dia,
sekarang bukan setakat pandai berjalan, pandai berlari juge,
kalau jalan pulak, eksen tak mahu kasi orang pimpin, nak jalan sendiri2...
dah kurang menangis juga, dia nangis sekejap time nak tido/ nak susu je
sekarang dia dah jadi budak demokk yang suke landing atas bajak!!!


gambar2 yang ada, semua copy paste dari pesbuk
malas nak uplod gambar punya pasal
kalau bercerita pasal anak, sampai esok menaip pun takkan habis kan

ok sampai disini sahaja coretan kali ini
semoga ketemu lagi jika diizinkan Allah.
assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.



Tiada ulasan: