Rabu, 15 Februari 2012

HAPPY 2nd ANNIVERSARY TO ME

entri untuk diri sendiri dan suami terchinta
 
sebenarnya bulan 2 ni bulan yang agak penting bagi kami
bulan kami dilahirkan dia 02/02/1985 saya 22/02/1985
semalam juga 14/02/2012 genaplah 2 tahun masjid yang dibina bersama dengan seribu dugaan, segala kepayahan dan sejuta kebahagiaan.
 
DIA- sememangnya seorang suami yang sangat menyenangkan,
rajin, suka menolong, memahami, selalu sahaja pentingkan kesenangan isteri dan anak berbanding keperluan dirinya sendiri, suami yang sangat baik pastinya, saya selalu mendoakan semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga abadi...


apetah lagi kini dengan kehadiran putera sulong yang menjadi pelengkap kebahagiaan kami,
yang dilahirkan dengan penuh kejerihan dan kepayahan,
tapi kini, mengundang seribu nikmat dan rezeki. subhanallah.


aku juga berharap, agar diriku selalu saja menjadi isteri yang solehah, 
yang selalu bisa membahagiakannya, menyenangkannya
tanpa sedikitpun menyakiti hatinya..
semoga kami bisa memperbaiki diri kearah yang lebih baik dalam meniti hidup yang masih bersisa..


malam tadi sekadar keluar makan2
dan dia membelikanku 2 helai kemeja, hitam dan putih, warna kesukaanku
dan aku masih belom membeli apa2 untuknya,
katanya, tidak mengapa, kalau nak nanti dia beli sendiri..
yahoooo, tak habis duit ayang..
hew hew hew

tapi walau apa pun, aku sangat sangat sangat  bahagia dan bertuah kerana dijodohkan dengannya,
kerana, aku yakin aku takkan jumpa lagi lelaki lain sebaiknya..
terima kasih sayang untuk segalanya!
 
 





1 ulasan:

wahida berkata...

hepi anniversary my dear...

semoga kalian tetap bahagia sampai bila2...