Khamis, 2 Februari 2012

ENTRY CUTI 3 (21 JAN TO 29 JAN 2012)

tengah key in invoice ni tapi nak menaip kat sini jugak
biasalah, tengahari ni line internet selalu saja tak membahagiakan!
huhu,

masih lagi berentry cuti, maklumlah cuti kan lama,
so lambat sikit nak habis ceritonye
hehehehehe,
hari ketiga tu kami just berehat2 je.
pastu mengulor ke pasar carik ikan kering, ikan pekasam, 
dan apa2 yang boleh dibeli bawak balik lah
pastu mak masak nasik dagang yang super sedappp
melantak je lah satu hari tu, 
seminggu berjalan2 memang lupe nak pakai PB,
makanan sedap2 belaka, kalau pakai tak boleh nak makan banyakk sampai perut moncet,
so, PB dilupakan seminggu, minggu ni baru setat pakai balik
bila perut mula menggunung, baru nak menggelabah, hekhekhek
 
bamlom yang tak cukup tido+tak nak makan dan nak bermain sajer 
membuatkan mommy nak jadik ghimaoooo,,
 
so, aktiviti kami hari tu lepak, tido, gosip dan bergelak secara harharhar
malam kemas barang2, esok nak balik Terengganu pulak,

hari ke-4 tu seawal jam 5.30 pagi bangon sebab bamlom yang langsung x boleh tido, 
buat sarapan ala kadar, 
dan bersedia nak bertolak balik
 
bangchik sekeluarga hantar kami ke Simpang Pulai
sebab kali ni nak balik ikut jalan Cameron Highlands pulak
kami semua tak tahu jalan nak keluar, so dia hantar sekerat jalan
sampai Simpang Pulai makan sekali lagi kat sana,
dah kenyang perut, buang air yang mana ada
baru gerak balik,
saya ingat jalan ikut Gerik tu dah ngeri
tapi jalan Cameron lagi ngeri kot, boleh haus brek kereta,
bangnik saya bila sampai umah terus bernekad tak nak lalu jalan tu lagi
kahkahkah, bahaya betollll,,
tapi yang seronoknya, tak payah bukak econ,
econ semulajadi yang sejuk lagi mendamaikan dah sedia ada
memang selesa sangat,,
 
kami nak masuk ke brincang ke tanah rata ke ape namanya tuh, tapi brek kereta abang long saya dah bau hangus,
kami singgah kat kedai2 kat simpang tu je, lagipon, perjalanan masih jauh berbaki,
tapi tak mengapa yang penting tanah cameron telah ku jejak. kikikiki
 
baru saya perasan time bergambar saya asik pakai baju purple ni je,
asal nak bergambar je pakai baju pepel,
almaklomlah, miskin, ade 1 baju ni je nak gi memana, hahahahahaha

kaklong sebagai penggila orkid, beli beberapa pokok okid,
kalau saya dengan bunga, mintak simpanglah,
langsong tak minat, bagi free pon belom tentu saya nak,
tapi kaklong tuh, habis seladang nak dibeli okid, sabau je lah..
dah orang duit melebih2, apo nak dikatooo,
kami ni beli strobery, ubi, dan sayur2 lah
sayur dia memang terrbaikk dari ladanggg,
dah perabihkan sen dua kat sini, teruskan perjalanan lagi
kul 6 petang baru sampai di kampung Pasir Akar Jerteh
perjalanan yang super penat dan melelahkan!!
 
 
mak saya sampai umah terus kelubung dalam selimut, demam,
malam tu tolong urutkan badan dia
bagi dia pakai korset PB, esoknya tu alhamdulillah,
dah semakin baik...

hari khamis, sibuk menyediakan bahan2 untuk buat sedikit kenduri untuk arwah
sembelih itik, potong bawang, siang ayam semua
seronok betul bila sesekali balik selalu je mempereratkan silaturrahim.
 
jumaat kenduri arwah, tapi saya sakit perut pulak
gara2 makan jering ngan tempoyak
melepek dalam bilik je,
tapi kenduri berjalan lancar seperti yang dirancangkan,


hari sabtu plan nak balik Johor,
tapi bang nik minta tolong betulkan motor dia dulu sampai siap,
hari ahad baru kitorang balik JB,
singgah ke lokheng sekejap dan balik pasir gudang.malam tu
bila dah sampai umah sendiri, baru bamlom tido senyap tak bangun malam,
hmmm,
berakhirlah entry cuti saya
walaupun penat, letih, habis duit, tapi seronok sangat sebab dapat bersama2 yang tersayang
lepas ni lama lagi la baru boleh balik,
kalau ada umur, ada rezeki dan diizinkan Allah aidilfitri ni baru boleh jumpa lagi,
huhuhu,
semoga ketemu lagi,
daaaaaa.








1 ulasan:

wahida berkata...

apa rasa itik weh? sedap ke?