assalamualaikum
pejam celik pejam celik dah nak setahun pon bamlom saya neh
8 hari lagi genap la umur dia setahun
tengok dia membesar depan mata,
lihat dia menangis, ketawa, sakit,
tengok dia baring, tidur, mengiring, meniarap, mengengsot., merangkak, bertatih,
jalan jatuh2 dan sekarang dah boleh jalan laju sambil menyepak bola,
alangkah bahagianya, alangkah bertuahnya diberi peluang oleh Allah untuk memberi kasih sayang, mendidik dan menjaga bamlom hingga ke saat ini,
kehidupan sekarang tak mungkin boleh ditukar ganti dengan apa pun...
kasihnya ayah sanggup berkorban apa sahaja
kasihnya ibu pasti hingga ke syurga, insyaallah
sekarang bamlom jadi anak mommy,
pantang tak nampak mommy sikit mula lah mencari,
lepas tu panggil mii, mii, niii niii,
dia nak cakap bamlom kat sini la tu, kalau dia kat luiar saya kat bilik selalu panggil macam tu
hmm, bahagia betul rasanya,
sekarang dah pandai banyak benda, pandai panggil meow,
pandai tunjuk bird, ball, lorry
pandai tunjuk orang kalau orang buat dia,
pandai kalau nak susu dia sebut air/ cu,
tp jika masih tak peduli dia akan ambil botol susu dia tu baling kat kite,
selalu kalau perangai macam tu berlaku ketika kami sedang tido.. hehe
sekarang dah pandai mengikut juga,
hantar kat umah babysitter meraung nak ikut balik!!
tak sampai hati betul nak tinggalkan kalau dia besedih macam tu,
abang long, mami dedi sayanggg sangat dengan bamlom, hanya dan kerana Allah.
p/s.... sedang merindu, sebab tadi masa balik makan, tiba2 dia muncul dengan pakngah dia,
terkenang2 lagi dia mencemik masa nak tinggal tadi.. huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan