Ahad, 27 November 2011

tiba tiba aje..

salam all
hari ni rakyat johor kebanyakannya bercuti
selamat bercuti kepada mereka2 yang dapat cuti
harapnya, masa yang ada dapat diluang sebaiknya..
dan saya seperti biasa, masih disini, 
bersedia berkhidmat penuh jiwa dan raga(hahaha tipussss semata2)

hari sabtu lepas babysitter bamlom takde, ke Labis menyambut kakaknya balik dari Mekah,
so bamlom tumpang kat umah jiran dia la satu hari tu.
masa balik amik dia tu, badannya dedor la pulakk
dalam kereta tuh dan2 tido, sampai umah letak kat tilam boleh mengigau2 pulak
mata pejam tapi mulut bercakap2, lepas tu kat umah ubat demam memang dah habis
zeroooo, belom minum susu pun dah muntah2, habis 2-3 helai kain batik mommy kene muntah dia
kesian sungguh la, muntah sampai perut dia kosong, pastu menangis jekkk
dia duk diam je, nak beriba jee
mommy memang tak tahan hati tengok keadaan bamlom macam tu
biar bamlom nak sepah2 umah, nak patahkan mainan pun,

 asalkan bamlom sihat dan aktif
 
 
 kami semua tak tido malam tu, dia tido kejap pastu batuk2,
pastu namgis, pastu muntah lagiiii...
kuat pulak tu batuknya, ada kahak dalam tekak diaaa
mommy ngan dedi sepanjang malam duk jelom kepala dia kasik kurang panas
esoknya, big boss ajak pegi main bowling kat johor jaya,
tapi tak sanggup nak tinggalkan bamlom yang kesakitan tuh
mesej diorang cakap tak jadi pegi.. sorry ya!!
so dalam kul 11 lebih keluar nak bawak dia ke klinik
dah sampai taman rinting sana,
 klinik Rabbisyfina tutup pulak, awal muharam kan semalam
pastu dah alang2 kat sana terus cakap ngan en harry nak pegi jakel Tampoi
dia suruh janji lagi pegi kejap je jangan lama2 kesian bamlom
mommy ok kan aje, 
so kesana la kite ye..
sekali dah sampai sini buleh gila dibuatnya
kain pasang yang santek2 rm2 je semeter
bermacam2 rege la
sekarang dia lelong gila2 punya
tapi dah niat dah pegi cari langsir ngan kain sarung sofa,
tempat tu je yang en harry duk tuju
nak pegi tengok lain memang dia jeling sampai naik juling,, huhuhuhu

kain langsir yang saya beli, yang bunga pepel tuh
nak berenglish stail la pulak
semeter tu rm5.80 tp dapat diskon rm2.80 semeter
saya amik 15 meter untuk tingkap, santekk seyyy!!!
kain sarung sofa pulak 13.80 semeter
dah hantar jahit, tak sempat nak menyenap
nanti dah siap saya tempek kat sini
dah siap beli kain ni, terus balik,
lain kali mesti nak pegi lagi.. 
sekarang ni hujung tahun, dia buat sales habiskan stok murah giler.
haih geram2.. lain kali nak pegi borong cadar pulak..

balik tu dah dekat kul 2, singgah kipmart kejap beli lauk
bawak bamlom ke klinik Aida, amik ubat pastu balik
en harry nak pegi mancing pulak
saya ngan bamlom membongkang lam bilik
bukak ekon sejuk2, memang sorgaaaaaa

lepas maghrib tuh, tiba2 ada orang bagi salam
laaa, emak mertua saya datang  rupanya, 
tak talipon tak apa, tiba2 sampai mau tak terkejut saya...
dia dengar bamlom demam terus datang tengok cucunya
eh bamlom pulak nampak atuk dia datang terus cergas macam tak demam..
main2 siap tunjuk skill nak berjalan lagik.. kelakor betul..

mak datang bawak banyak makanan pulak tuh
dia pegi rewang kat kenduri, dapat banyakkk makanan, 
bawak ler bagi anak2 menantu makan..
sorga lagi tak payah masak...haha
  dekat kul 11 baru diorang balik
kami pun kemas umah, dan tidooo...
p/s: tak percaya betul bahrain yang menang bola malam tadi, 
baru sepuluh menit saya kat dapur basuh pinggan, en harry cakap diorang dah masuk 3 gol!
mental kejap.. padahal Malaysia mendahului 2-0 masa tu..
ahh, tutup tv lah!!!






1 ulasan:

ummu muhammad berkata...

pentup entry cite bola heheh..sume hampeeee.. T_T