Rabu, 21 September 2011

dugaan datang lagi!!

kembali bersiaran hari ini setelah bercuti pendek semalam
alhamdulillah, Allah datangkan nikmat ujian lagi pada saya,
supaya saya terus mengingatiNya.. maha suci Allah..
alkisahnya, baby sitter bamlom demam teruk
malam selasa lalu, sewaktu ambil bamlom ibu linda bamlom berbungkus dalam selimut tebal
badannya panas dan tiada suara,
nak ke klinik katenye,
saya dah bersedia jika perlu cuti 1 hari pada keesokan harinya(semalam)
dan memang benar, pagi semalam dia mesej kate tak larat nak jaga bamlom
ok dan saya mohon cuti melalui encik suami(nasib baik keje satu tempat)
dan cuti semalam diluluskan dengan mimik wajah yang masam oleh encik boss(aduyaiiii)
mengikut cerita en harry lah, saya tak nampak pula nak tengok reaksinya.. hehehehe
tapi tak apa yang itu soal ke-2
bamlom lebih penting!!!

hmmm, pagi ni saya telifon awal2 tanya ibu linda jika beliau sudah sihat
tapi malangnya, beliau belum sembuh sepenuhnya , dan lebih malang lagi anaknya pula yang berjangkit demam....muntah2 teruk katanya... dan minta sambung cuti sehingga sabtu ini....
oh saya sangat bersimpati, 
jika dia bercuti lama, bamlom mahu diehsankan dimana?????
 
lepas tu fikir2 nak letak mana lah bamlom hariini, besok dan lusa???
kalau saya nak ambil cuti lagi sehingga sabtu memang tidak memungkinkan dalam kondisi sekarang
lepas tu teringat kat nenek bamlom, maknye arwah baby sitter sebelum ni
ape lagi laju2 bangun, gosok gigi mana perlu capai kunci kereta berdesup ke rumah nenek jap
dan nasib baik nenek bersetuju nak jaga bamlom untuk 3 hari kedepan
alhamdulillah, nenek kata, mujurlah kalau nak bawak bamlom pegi sana
diorang semua dah rindu dengan bamlom...
alhamdulillah, settle satu masalah...

sehari bersama bamlom semalam amat membahagiakan
walaupun dia seringkali merengek jika ditinggalkan,
tapi beliau sememangnya anak yang menyenangkan
tapi waktu sembahyang agak mencabar sedikit
memandangkan beliau mahu sembahyang sama2 dengan duduk diatas sejadah
subhanallah, alhamdulillah,
Allah kuniakan  bamlom seorang yang mencintai solat..
lepas tu, bila mommy bukak quran bacakan surah luqman untuk bamlom
dia terus terbuai, diam dan menghayati surah tu sampai dia tidur
Maka Nikmat mana lagi yang kamu dustakan????
 
 
harap 3 hari kedepan bamlom baik2 sahaja tanpa menyusahkan nenek
saya tahu nenek dah tak larat
tapi dia sanggup juga sayang punya pasal
beruntungnya kamu wahai bamlom menjadi kesayangan semua orang!
ok, sehingga saya menulis lagi...
assalamualaikum dan salam sayang!



2 ulasan:

hakamah hamyadi berkata...

comelnya bamlom...kecik-kecik dah rajin nak solat ye....moga menjadi anak yg soleh

myamyza berkata...

mudah-mudahan ye acik.. doakan bamlom..