Rabu, 28 September 2011

Bamlom saya dah 9 bulan..

alhamdulillah,
tak dapat nak diceritakan betapa bahagianya nikmat bergelar mommy kepada
satu satunya putera saya, Muhammad Razziq Zikry Bin Mohd Royzairi
dah 9 bulan Allah pinjamkan bamlom pada mommy dedi, dan alhamdulillah
kamu memang anak yang sungguh menyenangkan!! subhanallah...
kamulah tempat meluahkan kasih,
kamulah tempat meluahkan sayang,
kamulah tempat nak bermanja, bergurau senda, bergelak ketawa
kamulah juga tempat nak meluahkan rasa....
sesungguhnya mommy dedi sangat bersyukur dikurniakan anugerah hebat ini..
biarpun kami tiada rumah mewah, atau kereta besar atau uwang berjuta 
asalkan ada kamu disisi kami sudah cukup bermakna sekali anakku
sekarang mommy dan daddy dah terbiasa sangat dengan adanya bamlom diantara kami
sampaikan hari tu baby sitter bamlom bawak bamlom berjalan hingga lewat malam
mommy daddy sekejap2 jenguk pagar , tak puas hati telefon pula
bilalah nak pulangkan bamlom ni???
dekat kul 11 baru dihantar, macam cacing kepanasan dah kami....
huhuhuhuhuhuhu

diusia 9 bulan ni dia dah pandai macam2...
dia dah boleh berdiri jatuh, tapi kena berpaut pada objek la, selalunyanya ibu bapa dia yang jadik mangsa
tak pun sofa, kadang2 dia jalan slow2 pegang sofa tuh.. bamlom ni memang punya kaki yang kuat
 merangkak pakai satu kaki je!! kau mampu??? laju pulak tu!!!
kadang2 dia merangkak dengan lutut diangkat..
oh mommy tak mampu nak tiru bamlom... hahhahahah


benda2 kecik pun dah boleh pegang total, esp sampah, memang dah pro sangat la, kalau bagi kepingan buah @ roti @ pisang dia dah tau pegang sendiri masuk mulut atau erti kata lain makan sendiri, nasi pun nak nakan sendiri taukkkk.. stress mommy kadang2 bila dia sepahkan nasik sana sini...
tapi mommy sabar je, bamlom kan tengah belajar... botol susu memang tak yah risau sekarang,
dia masuk mulut sendiri, habis je dia buang sendiri dari mulut dia... pandai betul bujang mommy sorang ni!!


dah tau jugak yang mana harta dia,
setakat ni bantal mucuk ni yang paling dia sayang
dia tau tu bantal dia, kalau mommy pura2 nak tidur atas bantal tu
dia main jauh2 pun sanggup datang tinggalkan menan dia semata2 nak amik bantal dia!
dah amik dia pula baring sekejap kat situ
sekejap je lah, 2 saat barangkali, pastu dah pegi explore benda lain..
ciri ni menampakkan beliau akan mejadi kedekut piang satu hari nanti..hahahahhaha
ok, bamlom jangan kedekut2 nanti Allah tak sayang...

merengek, menangis memang dah total kurang!!
malam jaga sekali je minum susu pastu lena sampai jam 10 pagi
mana taknye, kerjanya sekarang main, main dan main sahaja,
kalau malam tu selagi lampu tak padam selagi tu lah dia tak tidur,
bila dah padam lampu pastu bagi susu pandai pulak dia tido sendiri, oh sangat menyenangkan!!!
masa ni umo dia 5 bulan kalau tak silap

beliau paling suke mengikut dedinya
kalau dedi ade mommy dia dipandang sebelah mate aje,
huhuhuhu kecik hati mommy..
tapi paling suka nak masuk tandas,
kalau pintu tak tutup, siap
kalau dia tengah bising2 pastu tetibe diam
carilah dalam toilet,
mesti duk ralit menepuk air... 
kalau kita nak buang air or mandi or wuduk tak bawak dia siap...
melalak sampailah kau keluar, gerammmmmmmm!!!
 
nasib baik bamlom comelllll

dah tau dengar beberapa larangan
contohnya, 'jangan' dan 'tak mahu'
bamlom jangan makan sampah, bahaya nanti tercekik!!
bamlom tak mahu tarik rambut mommy sakit
dia dah tahu makna larangan2 tu, kalau dia dengar ototmetik dia berhenti
lepas tu buat balik, tapi kalau mommy tepuk tangan dia, nangisss.. hahahahaha

dah tumbuh gigi bawah 2 batang
dah ceritakan di entri yang lepas pasal tumbuh gigi ni...

pandai pegang gelas sendiri nak minum air
tak payah mommy pegang lagi,
tapi banyak yang tumpah kelantai la dari masuk mulut dia

dah tau sangat kalau mommy pakai tudung mesti mommy nak jalan
terus pegang kaki suruh bawak dia sekali.. pandaiiii..
tau juga kalau mommy pakai telekong bermakna mommy nak semayang,
cepat2 duduk atas sejadah nak semayang sekali..
memang anak yang soleh!!


dah pandai bukak tutup pintu bilik atau pintu gobok
sejak pandai bukak tutup pintu ni berkali2 sehari mommy nak kene kemaskan cd, album, buku yang dia sepahkan!! saboo je la..
masih lagi sangat suka mengutip sampah atas lantai
sisa nasi, kertas, getah menjadi kudap kudapan kesukaannya..
omaigod!!!

tapi yang paling penting dia dah tau melahirkan sayang
suruh dia sayang dia akan halakan muka dia kemuka kita
sayang pipi, hidung mulut mate, dengan air liur pulak tu... hiksss
tapi xpelah, mommy tau bamlom ikhlass.. hahhahahaha

 
dengan anugerah ini 
tak ada yang dapat kukatakan melainkan
terima kasih Allah..
subhanallah, alhamdulillah....






 



4 ulasan:

wahida berkata...

wah...bamlom dah 9 bulan...dah pandai mcm2...jgn notti2 tau...

puan nina berkata...

oloooo..kejapnye dah besar kan..nanti boleh main kejar-kejar ngan abang Danial =D

myamyza berkata...

@kak wahida... cepatnye masa berlalu kan.. insyaallah..

myamyza berkata...

@nina.. rasanya kalau bamlom dah dapat kaki laju dia dari abang danialnya.. hihihihi