Rabu, 20 April 2011

rindu ini bertamu lagi

tahun ini sudah pertengahan bulan 4
tak sampai sebulan pun lagi genaplah 
setahun arwah ayananda tercinta
kembali ke rahmatullah
 
oh ayahanda, anakandamu ini sangat merinduimu
rindu untuk tatap wajah tenangmu
rindu untuk mendengar suaramu menasihatiku
menasihati kami adik beradik
walaupun ketika ayahanda nasihat
kami masuk ke bilik masing2
tapi setiap bait kata2mu kugenggam erat
dan kusimpan kemas dihati
aku juga rindu untuk melihat ayahanda bergurau senda
dengan cucu2 nya
rindu untuk melihat ayahanda tawa ceria
ah rindu segalanya...
 
walaupun jujur ku katakan
ayahandaku memang seorang ketua keluarga yang amat tegas
garang, panas baran, dan berani
tapi disebalik sikapnya itu 
beliau mempunyai hati yang amat baik
yang senang dibawa berbincang
yang boleh bergurau senda tertawa gembira
yang boleh menjadi sahabat juga
yang menjadi pakar rujuk kami
tidak hairan lah 
kami adik beradik amat menghormatinya
amat menyayanginya
amat faham dengan pendirian tegasnya
alhamdulillah dengan didikan caranye itu kami adik beradik
tiada yang menyimpang
semuanye menamatkan zaman sekolah dengan perilaku yang baik
dan semasa pemergiannya kami adik beradik
sama2 membacakan  surah yaasin untuknya
oh sangat sayu untuk dikenang kembali
 
semua orang tak sangka yang dia meninggal
sebab dia hanye demam seminggu je
nasib baik masa tu 1 mei
saye pegi bercuti ke pantai penyabong
dapat panggilan dari mak kate ayah sakit tenat
malam tu langsung tak boleh tido
besok pagi2nya teros saye bertolak ke terengganu
dan fikiran saye tak berhenti memikirkannye
adik beradik yang lain semua dah balik
masa saye sampai di hospital tu
semua sanak saudara kat sana
alhamdulilah saye sempat menjaganye selama 4 hari
semasa di hospital
tapi yang paling kami adik beradik kesal
kerana tak dapat tunaikan hasrat terakhirnya
`ayah nak balik rumah ayah nak mati kat rumah`
tapi mase tu doktor memang tak izinkan dia balik
mase dia pegi tu hanya mak adik bongsu dan anak  sedare je yg ade disisnya
dalam wad kan tak boleh tunggu ramai
air mate saye mengalir dipipi ketika entri ini ditulis
al fatihah....
moga ALLAH swt  menempatkan ayahandaku dikalangan orang2 yang beriman
dan orang2 yang berjihad dijalanmu...insyaallah

insyaallah balik bulan 6 ni nak jenguk rumah ayah!





Tiada ulasan: